If you could see me now?



Ini sudah buku yang ke-5 membaca buku tulisan Cecelia Ahern. Hampa.
Kala membaca P.S I love you harapan saya terhadap bukunya menggunung.
The gift , Love Rosie , Thanks for the memories memboringkan.
Sudah-sudahla ya kalau sudah bukan selera . Jangan lagi buang masa buku yang tak suka. No more Cecelia Ahern for me.

Hadiah

Sepotong kek , dua scoop aiskrim ,dan hadiah juga dua buah buku.

Mahu apa lagi?

Alhamdulilah.

Tak ada yg lebih baik daripada ini.

Terima kasih kepada encik teman sejiwa.

Malas

Ada lagi 19 nak habisi cabaran 100 buku tahun ni. Ya Allah makin hampir rasa makin malas lah pulak. Kalau sebelum ni boleh baca laju-laju sekarang dah serupa siput tut hah. Sabor jelah.

Teringat nak sangat menulis pasai buku Zahrah de Tigris.

Teringat satu kejadian kala saya dan keluarga sedang makan-makan di sebuah restoran tepi jalan di Ayer Hitam. Ada dua orang perempuan yang duduk di meja berhampiran saya dan keluarga. Sambil bercakap asyik memandang pada kami. Boleh dengar jelas butiran percakapannya. Antara isi yang menusuk telinga adalah..

"Hah orang Arab pakai tutup muka tuh sebab kat Arab banyak pasir ni bukan Arab ni Malaysia" dan ada lagi isi-isi yang lain.

Adoi. Kalau tak sabar nak sahaja saya bersemuka dengan makcik dua orang nih. Pastinya itu bukan idea yang bernas kerana kala itu hati saya sedang dijentik-jentik api.

Membaca Zahrah de Tigris ini mengingatkan saya pada kejadian itulah.

muka surat 35
Sebab itulah wanita di tempat ini sangat sesuai berpakaian menutup aurat dan berhijab. Dapat menghindarkan diri daripada keperitan kepanasan matahari.

muka surat 38
Purdah dan burka bukan lambang orang Islam, itu lambang budaya.

Habis yang pakai niqab serata dunia selain Arab ni meniru budaya Arab lah ya. Ada baiknya kita membuat homework dahulu sebelum tulis apa-apa. Sejauh mana kebenaran pemakaian niqab itu adalah budaya orang Arab?

Haish malas nak tulis panjang-panjang.

Buku lagi


Serasa lama benar tak mencuci mata di kedai buku second hand kesukaan saya. Mungkinkah ada sesuatu yg boleh mengubat hati. Saya mendapat panggilan dari pejabat pos. Katanya ada kotak besar yang sampai barangkali tak muat nak dimasukkan ke dalam peti surat. Dan dia bertanya samaada saya ada di rumah waktu sekian sekian. Posmen akan hantar ke tangan saya sendiri.

Kotak besar? Tak muat peti surat?
Oh bulan ini tiada belian secara online. Mustahil.
Saya ada mohon pinjam beberapa buku daripada Kak Haryati teman goodreads. Kak Haryati ada maklumkan tentang bukunya sudah dipos pada saya. Tunggu saja.
Kotak besar? Tak muat peti surat? Besar-besar kah bukunya?
Selain itu saya ada mooch beberapa buku daripada laman bookmooch. Belum kunjung tiba. Barangkali.
Saya menunggu dengan hati berbunga-bunga.

Tengahhari itu saya terima.

Buku-buku daripada kak Haryati..


Surat-surat Maududi-Maryam Jameelah




Buku-buku yang telah saya mooch..








Satu di dalam kotak. Dua di dalam sampul. Tiga buku di dalam kotak pos ekspress.
Sukanya hati saya.

Dik

Berapa umur kau dik ? 12, 13, 14 , 15 atau 16?
Sungguh kau muda dik.Sayang kau tak pandai menghargai masa muda mu.
Berpeleseran tak ingat dunia. Keluar petang balik esok pagi.

Apa yg kak herankan mak sudah beri keizinan.Buktinya di sini.

Kau megah menayangkan kunci kebebasan padaku.Aku tidak mahu percaya?
Sungguh kah mak?

Mak tak mahu adikmu lari.
Tak apa kalau dia pulang bila pun janji dia tetap balik.

Aduh mak.
Tak pernah kah mak dengar malam itu waktu syaitan berpeleseran di luar. Waktu kejahatan berleluasa?

Mak cuma diam.

Jalan apa yg kau pilih ni dik?

Suka hati aku kak. Ini hidup ku.Aku perlukan perhatian dan kasih sayang.

Bukankah kau ada mak, ayah abang dan kakak dik? Ah ayah tak pedulikan aku. Mak terlalu menyanyangi aku dan bodoh.Abang sibuk dengan kehidupan mereka.Kakak cuma pandai menyibuk dan bising. Bingit telinga aku!
Aku mahu bebas terbang tinggi di awan.Hidupku seronok sekali kak.

Sayangnya dik.
Sayang sungguh kau persiakan masa muda mu.Kau sedang ditipu syaitan dik.
Dunia ini bukan milik kita.

Kau salah kak aku tak pernah sebahagia begini.Dalam perut ku ini ada nyawa kak.
Aku akan menikah dengan lelaki yang kucintai.Kami akan hidup bahagia.
Malah Tuhan merestuiku kak. Kau cemburu!

Subhanallah.
Kau bangga mengandung anak hasil zina.Kau bangga akan berkahwin dengan lelaki durjana dik? Kau bangga hidupmu begitu lancar dik?
Kau lupa ya kau itu hamba.
Setiap hamba dicipta untuk beribadah. Hidup kita berperaturan ada Al-Quran dan sunnah.Kau ingat Tuhan suka hati menetapkan panduan buat kita.
Panduan itu untuk kita dik. Agar hidup kita sejahtera.
Tapi kau mahu melanggar semua.
Kau yakin dengan masa depan khayalanmu.
Pakaian mu mak basuh dan lipat dik. Duit kau tahu minta dari mak dik. Makanan mak masak untuk mu dik.Hidupmu masih bergantung pada mak dik.
Lelaki jahanam itu tak bekerja dik, goyang kaki seperti mu juga.
Makan tanggung berak cangkung.
Kau senyum seronok.

Inikah yang mak mintak mak?
Tak perlu pening kepala lagi mak. Apa yg kita buat kita dapat.

Aku hanya bisa mendoakan kalian. Moga Allah beri petunjuk dan hidayah.
Sungguh Allah Maha Penyayang. Semoga satu hari nanti kau celik dik.
Dan moga waktu itu tidak terlewat untuk kau bertaubat dan sedar diri hidup ini hanya pinjaman dari Tuhan.

Daughters of Another Path



Buku ini saya dapat daripada Melinda A szell di bookmooch.

Carol sangat terkejut bila Jodi satu-satu anak perempuannya memaklumkan yang dia ingin berkahwin dengan lelaki Islam. Ini bermakna Jodi akan memeluk Islam dan mengikut suaminya tinggal di Iran. Agak susah untuk menerima kenyataan yang dia bakal kehilangan Jodi.

Setelah beberapa lama Jodi menunjukkan kepada Carol dan keluarganya meskipun bertukar agama ,dia tidak sekali-kali melupakan ibu dan ayahnya. Hubungan kekeluargaan sangat Jodi dan suami jaga. Atas pengalaman inilah yang mencetuskan idea kepada Carol untuk membuat studi tentang pengalaman gadis ataupun wanita Amerika yang memeluk agama Islam.
Dari segi latarbelakang keluarga ,kenapa memilih Islam , reaksi orang tersayang, cara mengamalkan Islam , suasana perkahwinan, pendidikan anak-anak muslim ,hubungan kekeluargaan dan suara mereka sebagai muslimah di Amerika.

Penulis mengetengahkan cerita-cerita yang positif tentang suasana dikalangan muslim dan menyangkal dakwaan media masa di US yang suka sangat membusukkan Islam. Rakyat Amerika dimomokkan cerita Islam itu keganasan suka perang dan menindas kaum wanita.

Pengalaman Carol melihat Jodi dan muslimah di sana nyata berbeza. Jodi lebih bahagia dan tenang dalam pakaian Islam. Sebagai ibu kebahagiaan anak yang diutamakan tak kiralah anaknya sudah tidak sefahaman dengannya ataupun tak.

Kebanyakkan gadis dan wanita yang memilih Islam buakan semata-mata ingin mengahwini lelaki Islam. Mereka mengkaji Islam , membaca terjemahan Al-Quran. Dan mereka jatuh cinta dengan Islam. Keteguhan mereka terhadap Islam lebih hebat daripada yang lahir sedia Islam.

Satu peringatan untuk diri juga. Kita harus sentiasa belajar untuk mendalami agama bukan setakat mengikut sahaja.

Manhattan Is My Beat - Jeffery Deaver



Watak utama Manhattan is my beat adalah Rune si gadis kecik cili padi umurnya 20an. Diarah tuan kedai mengutip video yang dipinjam penyewa. Mula memberontak tugas mengutip tidak ada dalam senarai kerjanya. Bila melihat nama dan alamat si penyewa tape video Rune jadi sukahati pula.

Hatinya berbunga mahu berjumpa Mr. Kelly lelaki tua usia 70 an yang baik hati. Mana mau cari manusia yg suka mendengar cerita kita umpama dr psikologi , suka pula menolong tetangga dan tak lokek belanja makan.Rune jadik semacam bila mendengar suara orang lain yg menjawab dari rumah Mr Kelly. Tanpa bunyi Mr Kelly sudah ditembak oleh empunya suara.

Rune jadik sedih amat, bernekad mahu mencari sapa yang bertangungjawab membunuh Mr. Kelly. Sudahnya Rune menjolok sarang tebuan lah.

Sapa yang minat dengan filem-filem tahun 40 an 50 an mesti suka sama buku ni. Manhattan Is My Beat adalah judul filem yang disukai Mr Kelly. Watak Rune dalam novel ni jugak semacam penyiasat tak padan dengan kerja di kedai video. Lagi si Rune nigh penggemar buku-buku cerita klasik seperti Cinderella , Snow White dan yang seangkatan dengannya siap suka berangan dan seolah hidup dalam fantasi.

Saya kira novel ini biasa-biasa sahaja. Tooot salah ! Kalau ada yg sudah biasa baca buku Jeffery Archer yang lain mesti boleh tahu akan ada watak yg mulanya baik at the end of story rupanya penjahat. Moral of the story buat baik pilah pada sesapa pun tak rugi macam si Rune ni dia dapat hadiah dengan cara yg dia tak sangka.