Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan

Daughters of Another Path



Buku ini saya dapat daripada Melinda A szell di bookmooch.

Carol sangat terkejut bila Jodi satu-satu anak perempuannya memaklumkan yang dia ingin berkahwin dengan lelaki Islam. Ini bermakna Jodi akan memeluk Islam dan mengikut suaminya tinggal di Iran. Agak susah untuk menerima kenyataan yang dia bakal kehilangan Jodi.

Setelah beberapa lama Jodi menunjukkan kepada Carol dan keluarganya meskipun bertukar agama ,dia tidak sekali-kali melupakan ibu dan ayahnya. Hubungan kekeluargaan sangat Jodi dan suami jaga. Atas pengalaman inilah yang mencetuskan idea kepada Carol untuk membuat studi tentang pengalaman gadis ataupun wanita Amerika yang memeluk agama Islam.
Dari segi latarbelakang keluarga ,kenapa memilih Islam , reaksi orang tersayang, cara mengamalkan Islam , suasana perkahwinan, pendidikan anak-anak muslim ,hubungan kekeluargaan dan suara mereka sebagai muslimah di Amerika.

Penulis mengetengahkan cerita-cerita yang positif tentang suasana dikalangan muslim dan menyangkal dakwaan media masa di US yang suka sangat membusukkan Islam. Rakyat Amerika dimomokkan cerita Islam itu keganasan suka perang dan menindas kaum wanita.

Pengalaman Carol melihat Jodi dan muslimah di sana nyata berbeza. Jodi lebih bahagia dan tenang dalam pakaian Islam. Sebagai ibu kebahagiaan anak yang diutamakan tak kiralah anaknya sudah tidak sefahaman dengannya ataupun tak.

Kebanyakkan gadis dan wanita yang memilih Islam buakan semata-mata ingin mengahwini lelaki Islam. Mereka mengkaji Islam , membaca terjemahan Al-Quran. Dan mereka jatuh cinta dengan Islam. Keteguhan mereka terhadap Islam lebih hebat daripada yang lahir sedia Islam.

Satu peringatan untuk diri juga. Kita harus sentiasa belajar untuk mendalami agama bukan setakat mengikut sahaja.