Berita bahagia :)


Pertama sekali tahniah untuk member aku cik Erna yang akan menamatkan zaman solonya pada 26 Julai ni. Pn. Norul dan En.Azlisham dengan kehadiran puteri Iman . Pada kakak aku jugak yang baru sah hamil. Yeha tambah anak sedara nombot 26. He he bestnya..
Letak tepi perkara yang memeningkan kepala yang berlaku di sekitar Malaysia sekarang ini.. Letak tepi perkara-perkara yang buat aku stress sampai hormon aku pun tak betul. Raikan berita bahagia daripada teman-teman dan keluarga. Ku bahagia.

Kadang kita rasa kita dalam derita. Pada pandangan orang lain , dia melihat kita lebih bahagia daripada diri mereka. Tak rugi sedikit pun bila kita gembira dan aura itu kita berikan kepada mereka yang rasa diri tak bahagia.

Untuk Alia.. Tak pasti kalau Alia baca apa yang aku tulis. Tuhan sayang kita. Kerana itu kita diuji. Dia mahu kita selalu mengadu dan rapat dengan Nya. Tukar rasa sedih dan derita kepada rasa bahagianya perasaan mengharungi ujian ini. Nah sekarang bukankah kita orang-orang yang paling bahagia ?

4 comments:

amer zaman berkata...

kamu..bagaimana?

alia berkata...

i've read it wancu...
nyway thanx a lot 4 evrytn ya...
all dats challenge makes me strong cayalah huhu...

wnorhaslina berkata...

Amer,
Takda berita bahagia huhu..

Alia,
Sampai jumpa 8 Ogos nanti ya!

ratnakesuma berkata...

bahagia? sy suka perkataan ini. BAHAGIA....


salam kenal