satu masa dulu.




Sebelum balik cuti Alia ada singgah ke rumah aku. Saja nak shopping sambil ambil kesempatan untuk bersembang panjang. Ya malam Ahad itu kami sembang sampai pukul 3 pagi. Kalau ikut hati malas nak tidur ya. Mata segar benar. Mengenangkan esok ada shopping marathon lagi. Tidur itu harus.

Alia masih seperti dahulu. Masih pakai baju bum putih yang ada gambo kartun comel. Tiga tahun lepas aku dan Alia rajin bertukar baju, pinjam meminjam. Kalau naik motor dua orang mesti kena ngorat. He he he. Alia suka kumpul kasut. Kasut pumps , flat shoes , mary janes. Oh kasut-kasut yang comel itu. Aku teringat saat aku pergi ngajar tuition dan aku letak kasut coklat kesayangan aku depan pintu masuk. Bila dah abis kelas masa nak balik kasut aku dah tak ada. Hilang dicuri. Rasa sedih amat. Kasut coklat aku dah buruk dah siap ada kesan jahit lagi. Tapi kerana aku sayang sangat aku tetap pakai. Kenapa kasut buruk pun orang nak curi ? Hu hU. Aku naik motor berkaki ayam dengan Alia kat belakang aku. GElak-gelak. Kami sama-sama gelak bila orang pandang kaki aku tiapkali berhenti di trafic light. Haha..

Alia suka pakai baju yang itu , itu jugaklah. Alia dengan style itu jugak.. Aku rasa seperti melihat diri aku yang dahulu. Aku rindu. Hu hu.

Sudah tiga tahun berlalu. Aku tercampak jauh di sini. Aku sendiri tidak sedar dalam tempoh ini aku makin jauh daripada diri yang pernah aku jadi sebelum ini.