Taken


Taken adalah filem aksi / thriller yang dilakonkan oleh Liam Neesson yang memegang Bryan Mills agen CIA yang baru bersara . Masuk ni sudah tiga , empat kali aku menonton cerita ini. Filem ini keluar bulan September tahun lepas di US . Suka sungguh dengan aksi seni mempertahankan diri oleh heronya. Tak payah bawak senjata guna tangan sahaja. Yang meruntun jiwa adalah kekentalan hati dan keyakinan yang dia pasti boleh selamatkan anak perempuannya , Amanda gadis berusia 17 tahun.

Yang tak bestnya ada watak orang Islam yang jahat contohnya geng Albanian yang menculik Amanda. Orang Arab yang membeli anaknya. Tetapi tak heran pun. Islam hanya pada nama. Ini boleh jadi topik untuk entri yang lain. Kembali kepada filem Taken. Amanda diculik oleh geng Albanian mafia. Geng albanian mafia ini beroperasi mencari gadis-gadis untuk dijual dan di jadikan pelacur. Tumpuan mereka selain daripada gadis tempatan adalan gadis daripada negara luar yang datang melancong ke negara Perancis... Hah janganlah kita buat mesra alam dengan lelaki yang kita tak kenal di tempat asing. Kita sendiri mengundang bahaya.
Bryan terpaksa berhadapan dengan penguatkuasa yang juga bekas teman seperjuangannya yang sah bin terang bersekongkol dengan geng mafia ini. Orang politik yang berselindung di sebalik tabir. Oh ini bisnes besar. Tak boleh lupa dialog:-

Saint-Clair s -" This is not personal. It's just bussines. "
Bryan Mills - " For me it's personal ! "
pawpawpawpaw ( bunyi kena tembak)

Ada ka patut yang si Saint - Clairs tu pi juai anak perempuan orang boleh buat lawak cakap tak personal . Ingat anak orang ni benda ka . Kalau benda sekali pun namanya hak orang lain mana boleh kita suka hati pi jual dan mengaku itu hak kita. Apa da.

Bagi peminat filem sekual Bourne mestinya anda merasa perasaan yang sama kala menonton Taken. Dari segi latar lokasi dan muziknya lebih kurang filem Bourne. Hmm nampak gayanya kena mula membaca novel Bourne semula. Nak refresh.

Khabarnya akan ada sekual juga untuk filem Taken ini tapi tak tau bila. Tungggguuuuuu.

3 comments:

Unknown berkata...

Hello! Thanks for dropping by my blog ya! :)

Alice berkata...

Hello! My family enjoyed this movie. I pula belum tontonnya lagi. I hope to do so soon. Thanks for the review!

wnorhaslina berkata...

Hi miss ulat buku and alice terima kasih jugak sebab sudi singgah di blog saya :)