Hari Jumaat yang lepas saya dan keluarga menghantar anak sulung Kak Chik ke UDM. Kali terakhir ke Terengganu adalah tahun 1990 . Masih dalam lingkungan kanak-kanak ribina kala itu. Tak banyak yang saya ingat tentang Terengganu. Kali terakhir saya ke Kelantan pula , adalah 8 tahun yang lepas. Perjalanan dari ALor Setar ke Terengganu mengambil masa lebih kurang 11-12 jam.
Kami sekeluarga singgah tidur di Kota Bharu semalam. Bermalam di Sutera Inn. Masuk sahaja ke negeri Darul Naim ini terus rasa sejuk mata memandang meresap dalam kalbu. Oleh kerana sampai pun petang tak merasa lah nak masuk ke KB Mall. Huhu. Dapatlah makan nasi kerabu di Restoran Kak Yati. 8 tahun dah berlalu banyak yang lainnya. Jalan banyak dah jadi sehala. Bangunan dah bertambah-tambah. Jalan besar dahulu dah jadi kecik. Saya rasa tak puas meronda di sini.
Di Terengganu kami berehat di Sutra Beach Resort. Dapat chalet di hadapan pantai. Meski saya berumah di Langkawi dipagari pantai dan laut seperti penjara. Pantai di sini lebih mengasyikkan. Tak sempat bershopping batik di Terengganu. Dapat melihat masjid kristal dari kejauhan kala dalam perjalanan nak ke giant. Melihat stadium yang runtuh dari sisi tepi melalui seberang jalan. Ahh sehari suntuk di UDM. Meneman Fatimah ke sana ke mari.
Kembali singgah ke KB. Saya pingin pekena akok jagung di Telipot. Dahulu saya dan Kak Chik rajin membeli akok di sini. Bermalam pula di Hotel Ansar yang kini bertukar nama kepada Raudhah. Biliknya mengerunkan. Tersangkut beberapa minit di dalam lif. Gedebuk gedebak jantung kala itu. Kak Chik dan Pak Su bercerita tentang rasa semacam. Saya malas nak layan. Esoknya saya dan Kak chik bershopping kain dan keropok di pasar Khadijah. Masa gak mengijinkan. Dalam dua jam lebih sahaja. Cepat sungguh masa berlalu.
Tahun ini hanya seorang daripada anak saudara saya lepas ke u . Ada hikmah Fatimah dihantar belajar ke sana. Dapat kami sekeluarga merasa berjalan-jalan jauh. Yang tak best kamera lupa bawak. Setakat cerita ceritit sahaja. Saya bawa dua buku matilda dan twilight. Tak sempat nak belek pun. Lebih banyak aktiviti berjalan kaki dan mencuci mata.
Target bacaan bulan Jun tersasar langsung. Alahai sayang....
Sail - James Patterson
13 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan