Cik Alia bertanya pada saya melalui sms. Dapat hadiah apa ? Lalu saya balas , dah tua-tua segini nak hadiah apanya. Haha kelakar sendiri mengaku tua.
Pada mulanya saya ingin hadiahkan diri saya tiket menonton teater di Insaniah. Kita merancang Allah yang menentukan. Ada tugasan penting yang terpaksa dilaksanakan pada hari berkenaan. Bukan rezeki saya menonton teater tersebut.
Mak hadiahkan saya sepasang telekung dan buku Indahnya hidup bersyariat karangan Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab Hamid.
Sebelumnya Kak chik memberi skirt labuh dan menaja beli buku Yakjuj dan Makjuj bencana di sebalik gunung.
Sebelum sebelum ini , sudah lama saya simpan dalam hati tentang kemahuan untuk memiliki kedua-dua buku ini. Dapat jugak.....
Paling best saya dapat hadiah yang saya ingin sangat-sangat daripada teman sejiwa saya. Apa hadiahnya biarlah rahsia. Hehe.
Apa-apa pun hari lahir kali ini sangat istimewa kerana berada dalam lingkungan keluarga dan yang penting dapat bersama mak kita. Yay !
Sail - James Patterson
13 tahun yang lalu
2 comments:
salam.
buku indahnya hidup bersyariat tu memang best! :D
salam
aidura sofiee
saya pun tak sabar nak mulakan pembacaan ni.
Catat Ulasan