Lama tak update blog.
Hem Harap belum lewat nak ucapkan Selamat Berpuasa untuk semua. Pantas sekali masa berlalu. Saya tak pernah membayangkan mak yang anti hospital akan masuk hospital. Mak yang kuat mencangkul tanah dan nampak sihat itu ada penyakit. Mak yang garang itu lembut sungguh.
Mak.. mak .. mak..
Lebih kurang seminggu sebelum puasa sampai sehari lepas saya berkampung di hospital. Kali terakhir berlama di hospital pun 7 tahun sudah. Saat Muhammad anak saudara saya ditahan di hospital paru-paru dijangkiti kuman.
Mak tak pernah jaga makan. Dia makan apa sahaja. Paling dia suka minum adalah F&N oren. Air Gas dan semua yg super manis. Cari penyakit ya. Apa pun sekarang mak harus berpantang makan. Harus ada yg menjaga. Mak tak boleh duduk sorang-sorang. Sebelum ni mak memang tak suka duduk berlama di rumah orang. Mak suka sendiri di rumah sendiri.
Mak oh mak.
Hari ni hari kedua mak cuci kaki di KMC. Saya tak sanggup dengar mak mengaduh sakit. Pedih hati dengaq .Kak Chik pegang tangan mak kuat2 dan bagi semangat. Kesian mak. Sekarang masa mak perlukan anak-anak mak. Dan saya di sini untuk mak.
0 comments:
Catat Ulasan