Apa yg baru?



Kak Chik kol dan maklumkan yang dia dah siap.Tengah saya kalut-kalut bagi makan cik nab n the geng talipon berbunyi lagi. Sapa lak dah. Nombor yang tak pernah saya tengok muncul di skrin. Selalu kalau nombor yang pelik-pelik atau tak da nama saya malas nak jawab. Setelah dua kali panggilan tak saya jawab , kali ke-3 saya jawab jugak. Mesti penting nih.

Suara budak perempuan:Assalamualaikum.

Saya: Waalaikumsalam.

Suara budak perempuan: Cik Wnorhaslina ka ni?

Saya : Ya saya.

Suara budak perempuan : Buku yg cik pesan sudah sampai. Panggil Aku Melaju.

Mendengar tajuk buku terus 'hit' ingatan saya. Ini mesti kedai TBCB. Hati pun berbunga kembang. Punyalah lama buku tu saya pesan sejak sebelum puasa dan bulan-bulan sebelumnya. Saya sampai dah tak harap pesanan saya akan sampai. Tanpa lengah saya terus pi amik Kak Chik dan anak-anaknya menuju ke TBCB.



Alang-alang nak ambil buku , saya meninjau buku-buku di rak. Apa yang baru ? Tiba-tiba saya terpandang buku Ke Luar Jendela - Dato Hassan Ahmad keluaran Dawama. Ada pun satu sahaja. Bukan boleh lepas ni. Nanti nak tunggu pesan buku tah berapa bulan pulak boleh dapat.

Saya bayar untuk kedua-dua buku. ( Aku Melaju dapat potongan 20% dan Ke Luar Jendela dapat 10%).

Buku lain yang saya tertunggu-tunggu tak sabaq nak baca. Sudahnya buku lain yang saya bawak ke hulu ke hilir di dalam beg. Baru setengah buku habis. Sabo jekla.

Bukan tak boleh membeli online. Lagi suka sangat kalau boleh beli di kedai buku dan dapat la la tu jugak. Sambil cuci mata tengok buku-buku yang lain di rak yang kadang tersusun kadang tidak. Aroma buku-buku yang menusuk jiwa . Hah pening-pening.

Bila nak habis baca buku Dari Luar Jendela ni ?

0 comments: