Filem : Orphan

Kate dan John pasangan suami isteri yang melalui trauma kematian anak mereka yang ke-3 ketika lahir. Akibat tekanan perasaan yang teruk Kate menjadi pemabuk. Max , Daniele dan John adalah sumber kekuatan untuk Kate bangun semula. Kate memberi cadangan kepada suaminya untuk mengambil anak angkat. Dia ingin memberi kasih sayang kepada anak yang memerlukan.





Mereka sama-sama menuju ke rumah anak angkat di mana mereka bertemu dengan anak perempuan yang berusia 9 tahun bernama Esther lakonan Isabelle Fuhrman. Esther sungguh menawan hati. Pandai melukis dan suka menyanyi. Kate dan John membawa Esther pulang ke rumah. Ini mencetuskan rasa tidak puas hati Daniel anak lelaki sulong Kate dan John. Manakala Max pula sangat suka kepada Esther kerana punya teman berkawan.



Perlahan-lahan perangai Esther teserlah dan menimbulkan tanda tanya kepada Kate. Esther histeris di sekolah kala seorang budak perempuan cuba menarik tali yang diikat dilehernya. Esther menyebut perkataan f"@4 seolah-olah sangat faham maksud perkataan tersebut. Budak perempuan yang mengusiknya di sekolah jatuh daripada papan lungsur dan patah kaki. Esther menunjukkan kemahirannya yang pandai bermain piano dan berkata-kata sinis kepada Kate. Aneh.


Kate cuba untuk menyampaikan rasa resah dan tidak sedap hatinya pada John. Baginya Kate cuma membesar-besarkan hal yang kecil. Padanya , Esther tidak bermasaalah. Berlaku pulak perang mulut kepada perang dingin diantara suami isteri ni.

Filem Orphan adalah filem seram dan thriller. Bagaimana seorang anak perempuan yang 'angelic' boleh menjadi psiko maniak. Esther pandai memanipulasi orang di sekelilingnya. Dia akan melakukan apa sahaja demi mencapai apa yang di cita-citakannya. Apa ?

Kate cuba menyiasat siapa sebenarnya Esther. Dia mencuba hubungi Saarne Institute yang membawanya kepada mental institut Estonia. Ketika Kate antara sedar dan tidak akibat diberi ubat penenang di hospital , dia dihubungi doktor yang pernah merawat Esther. Esther atau nama sebenarnya Leena adalah wanita berumur 33 tahun yang mengalami hypopituitarism atau pembesaran terbantut. Di mana orang yang mengalami penyakit ini tidak dapat membesar seperti normal. Lebih kurang seperti orang kerdil.
Kate harus menyelamatkan keluarganya daripada Esther.

Sesiapa yang suka filem House of Wax pasti suka juga filem ini. Salah seorang penerbit Filem Orphan adalah Leonardo Dicaprio. Tak sangka pulak mamat ni sudah mengorak langkah di belakang tabir selain berlakon.

Kepada yang teringin nak ambil anak angkat jangan pulak terbantut niat selepas menonton filem ni. Tak semua anak angkat besar bermasalah. Ada segelintir yang bermasalah pun , saya kira tidak sepsiko Esther.

2 comments:

Peesha berkata...

Saya dah menonton cerita ini dan bila sorang2 di rumah, saya macam terasa2 Esther ada di sekitar saya ... sereemmm ...

Tapi, bukan itu yang saya nak cerita ... yg buat saya wonder, kenapa lelaki / suami (in this case Jack) yg susah sgt nak dgr ckp isteri dia?

Haih~~~ saya bagi 3.5/5

wnorhaslina berkata...

Rasanya Jack payah nak dengaq cakap bini dia sebab ingat bini dia mental. Plus kalo kita takda instinc yg kuat cam Kate pun kita tak leh nak expect yg Esther ni psiko.Sapa nak pecaya melainkan tengok sendiri buktinya.
Bila tengok buktinya terimalah nasib cam Jack. Sia2 ja mati katak. Haha.