ke Penang





Saya teringin sangat ke Chowrasta. Setelah sekian lama baru sekarang diizinkan Allah untuk sampai ke sini. Khabar yang saya baca dalam blog-blog mengulas tentang kedai buku di Chowrasta sangat menjentik jiwa. Saya nak pi sana. Saya nak pi.

Daripada pangkalan feri ambil jalan Chulia terus jangan kona kona. Sampai jumpa jln Penang baru kona kiri sampai nampak balai polis. Haa depan tulah Chowrasta. Boleh parking dekat-dekat situ kalau ada. Kalau sumanya tempat parking penuh. Pi lah parking kat komtar berjalan kaki baik untuk kesihatan jantung.

Kami pi waktu pagi dalam pukul 11.30 sampai sana. Matahari terik toksah cerita. Punyalah teruja nak pi sampai sanggup lapik perut makan roti coklat dan jagung gardenia. Tengah seronok tak tentu arah cari buku. Perut berdongdang sayang pulak. Sudahnya kutip tiga buku.
Tak dapat lah harga RM10 ke bawah.

Lalu saya ke Queensbay. Selalu kalau pi Penang tak sah kalau tak singgah sini. Masuk Boarders lah. Kutip lagi satu buku.

Dah petang dah kami gerak ke Gurnel Plaza pulak. Saya tuju ke MPH. Beli lagi satu buku.

Masa banyak habis di kedai buku. Rasa tak cukup masa. Patut mau tidoq kat Penang barang semalam. Tapi dah janji dengan mak nak balik malam. Balik lah saya dengan buku-buku yang baru dengan hati yang berbunga-bunga. Heeeeeeeeeee.

4 comments:

Web Sutera berkata...

Assalamualaikum,

Kedai buku di Chowrasta adalah lokasi favourite saya semasa belajar di sana. Semasa bekerja makan gaji beberapa tahun yang lalu juga, kaki saya akan mengheret tubuh ini ke sana.

Justeru buku-buku relatifnya murah (malah amat murah!), di sana saya mengenal fiskyen thriller Tom Clancy, Frederick Forsyth & lain-lain.

Bila saudara menyebutnya dalam entri ini, terasa rindunya hendak ke sana lagi.

Faizah Roslaini berkata...

whoaa..bestnya kedai ni. buku dari dinding ke dinding..

nice catch too, eh?

wnorhaslina berkata...

Waalaikumsalam

websutera

Saya pun tak puas pergi chowrasta. Nak pi lagi ni. Lum habis explore buku-bukunya. Bab harga susah nak dapat buku harga bawah RM10. Ada tokey kedai yang dah tetap harga. Tak layan kita mintak turun seket harganya. Pastinya beda antara dahulu dan sekarang.

Faezah
Kalau pi Penang cuba lah cari chowrasta. Mesti juling tengok buku-bukunya.

:D

Web Sutera berkata...

Saya bimbang saudara Faizah bukan setakat juling, malah terguling-guling, hahaha..