Saya mulakan tahun ini dengan buku Mak , Abah Redailah Anakmu yang mengandungi tip-tip bagi memenangi hati ibu bapa. Terdapat 11 tip kesemuanya dan di huraikan lagi kepada tajuk-tajuk kecil.
Tip 1 -Berbicaralah dengan lembut dan tidak menyakitkan hati.
Tidak rugi ibu bapa yang bercakap lemah lembut dengan anak-anak. Kepimpinan melalui tauladan. Anak-anak akan ikut cara percakapan ibu bapa. Kalau ada yang ibu bapanya biasa bercakap kasar tak mengapalah. Kita maafkan ibu bapa kita dan bercakaplah dengan lunak. Hati mereka pasti tersentuh. Dapat pahala pulak tu. Sapa tak nak pahala ?
Tip 2- Tidak mengalihkan pandangan dan wajah.
Pandanglah wajah ibu bapa kita dengan kasih sayang. Semoga ibu ayah kita dapat merasai cinta kita kepada mereka walaupun hanya melalui pandangan mata.
Tip 3- Tidak berjalan di hadapan ibu bapa tanpa minta izin.
Berjalan dengan meminta izin kala mahu lalu di depan ibu bapa. Alhamdulillah saya belum pernah jumpa anak yang kurang sopan . Main lalu lalang suka hati depan ibu bapa mahupun tetamu. Kalau ada berlaku depan mata kita tegurlah dengan baik.
Tip 4 - Jangan mendahulukan diri sendiri.
Utamakan ibu bapa kita. Dahulukan mereka. Kita ni kemudian-kemudian pun boleh. Kalau pun mereka tak kisah , kita usahakan juga mengutamakan mereka.
Tip 5 - Menjadi penyejuk mata.
Biar ibu dan bapa kita merasakan betapa berbaloi pengorbanan mereka membesarkan kita dengan menjadi anak mithali. Mendengar cakap ibu bapa. Tahu menjaga maruah diri dan keluarga. Baik serba serbinya.
Tip 6- Tidak merendahkan atau menghina.
Ada anak-anak yang merasakan mereka besar dengan pelajaran dan pangkat yang tinggi. Subhanallah. Dengan kata ah pun jangan telah la kalau menghina ibu bapa kita dengan perbuatan .
Tip 7 - Mengurus dengan baik dan jangan berkira.
Kalau sudah punya duit sendiri hulur-hulur lah kepada ibu bapa. Tak kisahlah kalau mereka itu sudah kaya. Kalau tak mampu duit hulur-hulurkan kederat kita. Tak yahlah berkira sangat kalau kita punya masa dan tenaga.
Tip 8 - Penuhi hajat ibu bapa.
Lemas ya bila ibu bapa mintak itu dan ini. Lupa kita masa kita kecik-kecik dahulu bagaimana ?
Tak yah pertikaikan permintaan ibu bapa kita. Kalau kita dapat penuhinya. Penuhi sahajalah.
Tip 9 - Segerakan permintaan mereka.
Kalau ibu bapa mintak apa-apa. Ya pantas lah bergerak. Jangan tunggu lama-lama. Cepat-cepat buat apa yang mereka pinta.
Tip 10 - Segera menyahut panggilan.
Jawab lah ya ibu. Ya bapakk. Panggilan ibu lebih harus diutamakan daripada panggilan jihad.
Tip 11 - Lakukan sesuatu yang menggembirakan hati ibu bapa.
Bagilah hadiah dalam bentuk apa pun. Dengan menjadi anak soleh dan solehah juga boleh megembirakan ibu dan bapa.
Buku yang comel ini sangat sesuai untuk anak-anak dan orang dewasa. Ringkas dan padat. Mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Yang penting ya isinya. Isinya.
Betapa beruntungnya kita yang punya ibu dan bapa. Dapat kita berbakti kepada mereka. Dapat pahala lagi. Apa ibu bapa kita bukannya baik sangat jadi kita tak yah layan mereka dengan baik? Balas dendam? Marah itu api. Kita yang membakar diri. Maafkan sahajalah salah silap mereka. Manusia tidak sempurna. Buat baik pada mak kita itu saham. Saham ke syurga. Tak nak ke kita masuk syurga bersama keluarga. Pikirlah sendiri.
Berazamlah kita supaya berbuat baik kepada ibu bapa kita selalu. Mohon kekuatan daripada Allah dipermudahkan urusan untuk kita berbakti kepada kedua orang tua kita.
0 comments:
Catat Ulasan