The Road - Cormac McCarthy



Filem The Road sudah masuk ke panggung Malaysia ka ? Saya pun tak tahu. Saya sudah menonton filemnya. Sedap jugak.

Novel The Road saya peram boleh tahan lamanya. Cuba baca sebelum ni tapi takda pak mud. Sindrom pegang sahaja bukunya saya pejam mata... Uhh saya mahu menonton filem baru baca. ( Selalu saya sabaqkan diri baca buku baru tonton filem. Ini sudah kes lain )

Cerita tentang seorang lelaki dan anaknya. Ketika itu manusia hidup berpecah belah. Ada yang baik tapi hidup dalam persembunyian. Ada yang suka makan orang bebas di luar mencari mangsa. Sumber air sudah tercemar. Pokok-pokok menanti giliran untuk rebah ke bumi. Seolah-olah dunia sudah nazak waktu itu.

Lelaki ini meneruskan hidup demi anaknya. Sang isteri sudah pergi. Jiwanya mati saat anak itu lahir. Lelaki ini harus bersama-sama anaknya. Diajari anaknya cara survival kerana hidup anaknya masih panjang.

Mereka menghadapi pelbagai dugaan. Saat hampir terperangkap di rumah yang mana keluarga tersebut menyimpan stok orang utuk dimakan di bawah tanah. Saat bertemu dengan kumpulan lelaki yang makan orang. Bekalan makanan yang habis dan beberapa hari berjalan dengan perut kosong.

Jiwa lelaki itu tetap membara. Hidupnya untuk anaknya. Berkali-kali anaknya bertanya adakah kita dalam golongan orang yang baik ? Si Ayah menjawab ya. Anaknya mudah kasihankan orang. Dia ingin sekali membantu orang tetapi sering dibantah lelaki tersebut.Lebih baik mereka bergerak berdua. Jangan mudah percaya orang dan wajib berhati-hati. Banyak juga yang dipelajari lelaki tersebut daripada si anak. Tak rugi menolong orang mahupun memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Terusik perasaan kala dua beranak ini di dalam tempat simpanan makanan. Mereka makan dengan sepuas-puasnya. Si anak berkata patut tak saya berterima kasih kepada orang yang menyimpan makanan ini? Dan si anak berdoa kepada pemilik makanan tersebut.

Berjayakah perjalanan mereka untuk sampai ke destinasi impian lelaki tersebut? Apa lagi yang sedang menanti di hadapan mereka? Cam biasa kenalah baca. Gamak malas nak baca tonton lah filemnya. Walau apa pun mestinya membaca novel lebih kepuasannya.

Membaca novel ini mencetuskan persoalan nilai apa yang kita semai ke dalam jiwa anak-anak kita. Baik atau buruk ? Kita tak tahu kiamat bila tapi apa persediaan kita untuk meghadapinya? Dengan kerana tangan kitalah bumi semakin uzur. Tak perlu ulas panjang lah kenapa pulak tangan kita yang salah menyebabkan bumi kian tenat. Kenapa makin hari makin panas ? Tepuk dada tanya iman.

0 comments: