Rasa teruja dan seronok sangat dapat berjumpa Ramadhan lagi. Malam ini malam pertama terawih. Nak kata penuh surau tidak jugak. Barangkali ramai penduduk di sini balik kampung sambut Ramadhan bersama kaum kerabat. Kesempatan cuti beberapa hari ini ya.Seronok tengok anak-anak kecil yang sama nak sembahyang. Awai-awai saja semangatnya. Bila jumpa kawan sekapai habisla telekung dan sejadah letak tepi. Kacau.
Hari ini jugak Merdeka! Merdeka! Merdeka ! Bukan sahaja Malaysia yang merdeka 51 tahun. Kita akan merdeka sebulan daripada gangguan syaitan.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w berkata:
' Bila telah datang bulan Ramadhan , terbukalah pintu-pintu syurga , dan terkuncilah pintu-pintu neraka dan terbelenggulah syaitan-syaitan.'
Yeha ! Tapi jangan lupa kita belum merdeka daripada nafsu kita. Inilah kesempatan kita mendidik nafsu. Semoga amal ibadat kita yang kita lakukan diterima Allah s.w.t. Amin.
Sail - James Patterson
13 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan