Salam

Salam.

Sudah-sudah la bertapa ya. Sekejap ja masa. Dalam 10 , 11 ,12 , 1 , 2 , 3 , 4 hemph sudah enam bulan banyak yang sudah ketinggalan. Sudah banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling kita. Aku pun banyak cerita. Kumpul punya kumpul.

Aku beli majalah Womens Weekly bulan December. Muka surat depannya muka Brooke Shield yang berlakon dalam Lipstick Jungle tu. Aku letak tepi dahulu. Satu kebiasaan aku adalah beli bahan bacaan dan tunggu mood nak baca datang barulah baca. Sudah hujung bulan baru habis baca. Ada satu artikel yang menarik yang aku nak kongsikan di sini.

Lima tempat yang bahaya yang perlu kita hati-hati !
Aku mula daripada nombor
5. Kampus
4. Stesen minyak
3. ATM
2. Tempat letak kereta
1. Rumah kita sendiri.

Aku harap aku baca artikel ni sebelum kejadian kecurian tu berlaku. Aku memang tak sangka. Itulah selalunya perkara yang nak berlaku sebab kita tak sangka dan ambil mudah. Ada penyangak dua orang naik motor curi beg hitam besaq kesayangan aku
( pemberian Kak Chik pulak tu ) daripada dalam rumah aku sendiri. Aku letak atas kerusi meja makan. Penyangak ni masuk sebab pintu pagar dan rumah terbuka. Aku perasan bila nampak mamat penyangak ni berlari keluaq pintu pagar. Saat tu aku dah tau . Dah takda benda lagi yang boleh aku buat melainkan pi report kat balai polis. Jangan mimpi nak dapat balik harta benda dalam beg hitam besaq tu.

Setiap kejadian pasti ada hikmahnya.
'Allah sering benar mengingatkan kita tentang sesuatu melalui yang lain ' pinjam kata-kata Sis Aflah. Tuhan nak uji aku sebab Dia sayangkan aku. Aku pujuk diri sendiri. Tak apalah yang penting selepas kejadian kecurian tu aku lebih peka dan selalu ingatkan ahli keluarga dan teman-teman peka dengan persekitaran kita. Berhati-hati di mana-mana sahaja !

0 comments: