Dua karya Khaled Hosseini



Aku berkenalan dengan karya Khaled Hosseini melalui kakak ( Nabila ). Novel The Kite Runner. Kisah tentang persahabatan antara Amir anak orang kaya dan Hassan si hazara anak orang gaji di rumahnyanya. Novel tentang persahabatan , pengkhiantan dan harga persahabatan. Betapa setianya Hassan pada Amir. Seronoknya sahabat berdua ini bermain layang-layang. Amir mengawal tali layang-layangnya dan Hassan akan berlari dan menunggu di mana tempat layang-layang akan jatuh . Dengan memejam mata dan mendepa tangannya layang-layang akan jatuh di atasnya. Hassan punya deria rasa yang kuat dan selalunya dia berada di tempat yang tepat layang-layang itu jatuh. Amir yang terlalu ingin perhatian ayahnya dan cemburu dengan Hassan berjaya memenangi hati ayahnya. Namun hanya untuk sementara kerana selepas pertandingan itu semuanya berubah. Kejadian di lorong itu merubah segalanya. Menitis air mata membaca novel ini. Sudah difilemkan pun. Namun sedap lagi membaca novelnya daripada menonton novel.

Novel keduanya A thousand Splendid Suns tentang Mariam anak luarnikah orang kaya yang membesar dengan ibunya. Ayahnya Jalal hanya datang sekali sekala. Mariam sangat memuja ayahnya. Ayahnya selalu bercerita dan memberinya hadiah. Ibunya pula lebih banyak mengucapkan perkataan-perkataan yang negatif tentang ayahnya. Ketika umur Mariam 15 tahun dia ingin sekali mahu menonton filem di wayang milik ayahnya. Di situlah bermulanya perjalanan hidup yang lebih sedih dan sedih. Ibunya membunuh diri. Jalal bukanlah seperti bapa yang diidamkannya. Perkahwinan paksa dengan duda dalam lingkungan 40 an. Pengalaman mengandung dan didera suami.

Kalau The Kite Runner kisah persahabatan antara dua orang budak lelaki. A thousand Slendid Suns pula kisah persahabatan seoarang wanita Mariam dan budak perempuan Laila. Kita akan dapat gambaran bagaimana peperangan bisa merubah insan. Kesan peperangan sesama etnik. Penindasan terhadap etnik yang lain. Pembunuhan kejam. Kesan mental dan fizikal terhadap kanak-kanak di Afghanistan yang terdapat dalam kedua-dua novel. Sedikit sebanyak tentang sejarah Afghanistan. Melihat Afghanistan melalui karya Khaled Hosseini sangat mengesan jiwa.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

these two books are my favourites
^_^