Memaparkan catatan dengan label John Grisham. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label John Grisham. Papar semua catatan

Skipping Christmas - John Grisham



Ada ka orang kristian yang suka-suka tak mau sambut krismas . Hah ni Luther dan Nora Krank punya kerja gila. Asalnya idea si suami. Dengan ketiadaan anak tunggal mereka yang berkhidmat jauh nun di Peru sana. Semangat nak ber krismas pun kuncup. Tambah kurang semangat bila ingat seksa membeli belah dan duit yang berhabisan untuk berhari natal. Luther buat rencana nak 'skip' krismas tahun tersebut.

Mahu diapakan dengan duit yang selamat daripada belanja krismas? Luther membeli tiket naik kapal belayar di kepulauan Karibean. Di samping bercuti-cuti mereka punya lebihan wang. Oh sudah mesti tak kalut seperti orang lain yang sambut krismas.Suami isteri Krank mula buat rancangan menguruskan badan, menempah seluar dan baju mandi khas dan mereka sangat komited dengan perancangan mereka.

Haru biru bila suami isteri ini mengistiharkan secara rasmi kepada jiran-jiran , rakan sepejabat , rakan baik , dan semuanya tentang niat murni mereka. Rasa-rasa orang boleh terima dak keputusan Luther dan Nora Krank ? Pulak dok kat kawasan kejiranan yang punya semangat kesatuan yang kuat. Agak-agak pasangan Krank tahan daulat ka kalau dipulau orang?

Tak susah membayangkan Luther dan Nora. Yup buku John Grisham ini sudah difilemkan. Tim Allen - Luther dan Jamie Lee Curtis - Nora. Sapa dah tonton filemnya? Lawak dak? Saya belum tonton pun. Membaca Skipping Christmas pon dah terasa lucunya.

Buku ni saya mooch daripada Logant Brayant daripada USA. Dalam seminggu dapat bukunya. Kebetulan di sana baru lepas Krismas. Dah lama pendam nak beli dan baca tapi saya tahankan diri. Dengan ini cukupla koleksi novel John Grisham yang lepas-lepas berjaya saya baca dan kumpul. Yay untuk saya!

The Associate - John Grisham



Bermula dengan satu kesilapan. Kyle McAvoy dan teman serumahnya menganjurkan parti. Oh mestinya ada minuman alkhohol dan dadah. Berlaku satu kejadian yang akhirnya menjadi punca hidup Kyle tidak keruan selepas lima tahun malam parti tersebut.

Kyle diugut , diperhati , dipaksa , diikuti setiap masa oleh Beannie and the geng. Tidak pasti Beannie ini bekerja dengan siapa FBI ? atau orang tengah kepada sesiapa yang mahukan maklumat yang tersimpan di bilik rahsia pejabat guaman Scully & Pershing. Apa ya rahsia yang bernilai juataan dollar ini? Projek pertahanan Amerika Syarikat ?

Tidak susah membayangkan wajah Kyle. Ya bayangkan sahaja wajah Shia LaBouf. Katanya The Associate ini dalam proses pengambaran dan pelakon utamanya adalah Shia Labouf. Bila akan ditayang tidak pulak dinyatakan. Barangkali tahun 2011?

Bagaimana Kyle boleh menyelamatkan dirinya tanpa mengkhianati majikannya? Tanpa melanggar kod etika sebagai seorang 'associate'. Ada peminat John Grisham mengatakan karyanya kali ini mendukacitakan. Ada peminat yang masih suka. Saya...suka sahaja.