Mak , Abah..... Redailah anakmu


Saya mulakan tahun ini dengan buku Mak , Abah Redailah Anakmu yang mengandungi tip-tip bagi memenangi hati ibu bapa. Terdapat 11 tip kesemuanya dan di huraikan lagi kepada tajuk-tajuk kecil.

Tip 1 -Berbicaralah dengan lembut dan tidak menyakitkan hati.
Tidak rugi ibu bapa yang bercakap lemah lembut dengan anak-anak. Kepimpinan melalui tauladan. Anak-anak akan ikut cara percakapan ibu bapa. Kalau ada yang ibu bapanya biasa bercakap kasar tak mengapalah. Kita maafkan ibu bapa kita dan bercakaplah dengan lunak. Hati mereka pasti tersentuh. Dapat pahala pulak tu. Sapa tak nak pahala ?

Tip 2- Tidak mengalihkan pandangan dan wajah.
Pandanglah wajah ibu bapa kita dengan kasih sayang. Semoga ibu ayah kita dapat merasai cinta kita kepada mereka walaupun hanya melalui pandangan mata.

Tip 3- Tidak berjalan di hadapan ibu bapa tanpa minta izin.
Berjalan dengan meminta izin kala mahu lalu di depan ibu bapa. Alhamdulillah saya belum pernah jumpa anak yang kurang sopan . Main lalu lalang suka hati depan ibu bapa mahupun tetamu. Kalau ada berlaku depan mata kita tegurlah dengan baik.

Tip 4 - Jangan mendahulukan diri sendiri.
Utamakan ibu bapa kita. Dahulukan mereka. Kita ni kemudian-kemudian pun boleh. Kalau pun mereka tak kisah , kita usahakan juga mengutamakan mereka.

Tip 5 - Menjadi penyejuk mata.
Biar ibu dan bapa kita merasakan betapa berbaloi pengorbanan mereka membesarkan kita dengan menjadi anak mithali. Mendengar cakap ibu bapa. Tahu menjaga maruah diri dan keluarga. Baik serba serbinya.

Tip 6- Tidak merendahkan atau menghina.
Ada anak-anak yang merasakan mereka besar dengan pelajaran dan pangkat yang tinggi. Subhanallah. Dengan kata ah pun jangan telah la kalau menghina ibu bapa kita dengan perbuatan .

Tip 7 - Mengurus dengan baik dan jangan berkira.
Kalau sudah punya duit sendiri hulur-hulur lah kepada ibu bapa. Tak kisahlah kalau mereka itu sudah kaya. Kalau tak mampu duit hulur-hulurkan kederat kita. Tak yahlah berkira sangat kalau kita punya masa dan tenaga.

Tip 8 - Penuhi hajat ibu bapa.
Lemas ya bila ibu bapa mintak itu dan ini. Lupa kita masa kita kecik-kecik dahulu bagaimana ?
Tak yah pertikaikan permintaan ibu bapa kita. Kalau kita dapat penuhinya. Penuhi sahajalah.

Tip 9 - Segerakan permintaan mereka.
Kalau ibu bapa mintak apa-apa. Ya pantas lah bergerak. Jangan tunggu lama-lama. Cepat-cepat buat apa yang mereka pinta.

Tip 10 - Segera menyahut panggilan.
Jawab lah ya ibu. Ya bapakk. Panggilan ibu lebih harus diutamakan daripada panggilan jihad.

Tip 11 - Lakukan sesuatu yang menggembirakan hati ibu bapa.
Bagilah hadiah dalam bentuk apa pun. Dengan menjadi anak soleh dan solehah juga boleh megembirakan ibu dan bapa.


Buku yang comel ini sangat sesuai untuk anak-anak dan orang dewasa. Ringkas dan padat. Mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Yang penting ya isinya. Isinya.

Betapa beruntungnya kita yang punya ibu dan bapa. Dapat kita berbakti kepada mereka. Dapat pahala lagi. Apa ibu bapa kita bukannya baik sangat jadi kita tak yah layan mereka dengan baik? Balas dendam? Marah itu api. Kita yang membakar diri. Maafkan sahajalah salah silap mereka. Manusia tidak sempurna. Buat baik pada mak kita itu saham. Saham ke syurga. Tak nak ke kita masuk syurga bersama keluarga. Pikirlah sendiri.

Berazamlah kita supaya berbuat baik kepada ibu bapa kita selalu. Mohon kekuatan daripada Allah dipermudahkan urusan untuk kita berbakti kepada kedua orang tua kita.

Salam Maal Hijrah

surat cinta dari posman?



Mana ada. Surat maklumkan pada saya. Sila ambil sampul milik saya di tingkap pos pejabat besar Alor Setar pada 12/12/2009.

Saya pon pi la ambil. Sampul berisi buku The Witches- Roald Dahl rupanya. Saya beli daripada
http://lahcomicscorner.blogspot.com/ minggu lepas.

ke Penang





Saya teringin sangat ke Chowrasta. Setelah sekian lama baru sekarang diizinkan Allah untuk sampai ke sini. Khabar yang saya baca dalam blog-blog mengulas tentang kedai buku di Chowrasta sangat menjentik jiwa. Saya nak pi sana. Saya nak pi.

Daripada pangkalan feri ambil jalan Chulia terus jangan kona kona. Sampai jumpa jln Penang baru kona kiri sampai nampak balai polis. Haa depan tulah Chowrasta. Boleh parking dekat-dekat situ kalau ada. Kalau sumanya tempat parking penuh. Pi lah parking kat komtar berjalan kaki baik untuk kesihatan jantung.

Kami pi waktu pagi dalam pukul 11.30 sampai sana. Matahari terik toksah cerita. Punyalah teruja nak pi sampai sanggup lapik perut makan roti coklat dan jagung gardenia. Tengah seronok tak tentu arah cari buku. Perut berdongdang sayang pulak. Sudahnya kutip tiga buku.
Tak dapat lah harga RM10 ke bawah.

Lalu saya ke Queensbay. Selalu kalau pi Penang tak sah kalau tak singgah sini. Masuk Boarders lah. Kutip lagi satu buku.

Dah petang dah kami gerak ke Gurnel Plaza pulak. Saya tuju ke MPH. Beli lagi satu buku.

Masa banyak habis di kedai buku. Rasa tak cukup masa. Patut mau tidoq kat Penang barang semalam. Tapi dah janji dengan mak nak balik malam. Balik lah saya dengan buku-buku yang baru dengan hati yang berbunga-bunga. Heeeeeeeeeee.

Cat O' Nine Tales - Jeffery Archer


Tahun lepas kala menjamu mata di MPH , Cik Nabila kata buku A Prisoner of Birth sedap dibacanya. Saya belek novelnya dan letak semula. Belum ada hati mahu membeli. Belum pernah baca mana-mana karya Jeffery Archer pon.

Cat O Nine Tales ini pemberian Kak chik kepada saya. Heeeeeeeee. Selamat duit poket.

Cat O Nine Tales adalah kumpulan cerita pendek. Cerita daripada penjara. Jangan tak tahu pulak Jeffery Archer ni pernah masuk penjara. Cerita pendek dalam ni keseluruhannya cerita lucu. Setengahnya kita tak terpikir pon apa kisah orang masuk penjara. Jual dadah , bunuh orang , jual orang , rogol orang. Itu cerita boleh baca dalam METRO.

Dalam Cat O Nine Tales cerita bagaimana pasangan suami isteri boleh mencuri daripada pejabat pos sendiri. Apa jadi bila suami mahu bunuh isteri sendiri. Ada orang sengaja buat kesalahan semata-mata mahu masuk penjara dan banyak lagi. Kesemuanya dua belas cerita pendek dalam Cat O Nine Tales.

Sudah cuba satu rasa nak lagi. Mungkin lepas ni nak kena cari A Prisoner of Birth pulak.

:P

Selamat

Filem : Orphan

Kate dan John pasangan suami isteri yang melalui trauma kematian anak mereka yang ke-3 ketika lahir. Akibat tekanan perasaan yang teruk Kate menjadi pemabuk. Max , Daniele dan John adalah sumber kekuatan untuk Kate bangun semula. Kate memberi cadangan kepada suaminya untuk mengambil anak angkat. Dia ingin memberi kasih sayang kepada anak yang memerlukan.





Mereka sama-sama menuju ke rumah anak angkat di mana mereka bertemu dengan anak perempuan yang berusia 9 tahun bernama Esther lakonan Isabelle Fuhrman. Esther sungguh menawan hati. Pandai melukis dan suka menyanyi. Kate dan John membawa Esther pulang ke rumah. Ini mencetuskan rasa tidak puas hati Daniel anak lelaki sulong Kate dan John. Manakala Max pula sangat suka kepada Esther kerana punya teman berkawan.



Perlahan-lahan perangai Esther teserlah dan menimbulkan tanda tanya kepada Kate. Esther histeris di sekolah kala seorang budak perempuan cuba menarik tali yang diikat dilehernya. Esther menyebut perkataan f"@4 seolah-olah sangat faham maksud perkataan tersebut. Budak perempuan yang mengusiknya di sekolah jatuh daripada papan lungsur dan patah kaki. Esther menunjukkan kemahirannya yang pandai bermain piano dan berkata-kata sinis kepada Kate. Aneh.


Kate cuba untuk menyampaikan rasa resah dan tidak sedap hatinya pada John. Baginya Kate cuma membesar-besarkan hal yang kecil. Padanya , Esther tidak bermasaalah. Berlaku pulak perang mulut kepada perang dingin diantara suami isteri ni.

Filem Orphan adalah filem seram dan thriller. Bagaimana seorang anak perempuan yang 'angelic' boleh menjadi psiko maniak. Esther pandai memanipulasi orang di sekelilingnya. Dia akan melakukan apa sahaja demi mencapai apa yang di cita-citakannya. Apa ?

Kate cuba menyiasat siapa sebenarnya Esther. Dia mencuba hubungi Saarne Institute yang membawanya kepada mental institut Estonia. Ketika Kate antara sedar dan tidak akibat diberi ubat penenang di hospital , dia dihubungi doktor yang pernah merawat Esther. Esther atau nama sebenarnya Leena adalah wanita berumur 33 tahun yang mengalami hypopituitarism atau pembesaran terbantut. Di mana orang yang mengalami penyakit ini tidak dapat membesar seperti normal. Lebih kurang seperti orang kerdil.
Kate harus menyelamatkan keluarganya daripada Esther.

Sesiapa yang suka filem House of Wax pasti suka juga filem ini. Salah seorang penerbit Filem Orphan adalah Leonardo Dicaprio. Tak sangka pulak mamat ni sudah mengorak langkah di belakang tabir selain berlakon.

Kepada yang teringin nak ambil anak angkat jangan pulak terbantut niat selepas menonton filem ni. Tak semua anak angkat besar bermasalah. Ada segelintir yang bermasalah pun , saya kira tidak sepsiko Esther.