Memaparkan catatan dengan label bookmooch. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bookmooch. Papar semua catatan

Daughters of Another Path



Buku ini saya dapat daripada Melinda A szell di bookmooch.

Carol sangat terkejut bila Jodi satu-satu anak perempuannya memaklumkan yang dia ingin berkahwin dengan lelaki Islam. Ini bermakna Jodi akan memeluk Islam dan mengikut suaminya tinggal di Iran. Agak susah untuk menerima kenyataan yang dia bakal kehilangan Jodi.

Setelah beberapa lama Jodi menunjukkan kepada Carol dan keluarganya meskipun bertukar agama ,dia tidak sekali-kali melupakan ibu dan ayahnya. Hubungan kekeluargaan sangat Jodi dan suami jaga. Atas pengalaman inilah yang mencetuskan idea kepada Carol untuk membuat studi tentang pengalaman gadis ataupun wanita Amerika yang memeluk agama Islam.
Dari segi latarbelakang keluarga ,kenapa memilih Islam , reaksi orang tersayang, cara mengamalkan Islam , suasana perkahwinan, pendidikan anak-anak muslim ,hubungan kekeluargaan dan suara mereka sebagai muslimah di Amerika.

Penulis mengetengahkan cerita-cerita yang positif tentang suasana dikalangan muslim dan menyangkal dakwaan media masa di US yang suka sangat membusukkan Islam. Rakyat Amerika dimomokkan cerita Islam itu keganasan suka perang dan menindas kaum wanita.

Pengalaman Carol melihat Jodi dan muslimah di sana nyata berbeza. Jodi lebih bahagia dan tenang dalam pakaian Islam. Sebagai ibu kebahagiaan anak yang diutamakan tak kiralah anaknya sudah tidak sefahaman dengannya ataupun tak.

Kebanyakkan gadis dan wanita yang memilih Islam buakan semata-mata ingin mengahwini lelaki Islam. Mereka mengkaji Islam , membaca terjemahan Al-Quran. Dan mereka jatuh cinta dengan Islam. Keteguhan mereka terhadap Islam lebih hebat daripada yang lahir sedia Islam.

Satu peringatan untuk diri juga. Kita harus sentiasa belajar untuk mendalami agama bukan setakat mengikut sahaja.

Buku lagi...

Saya pos dua buku ke US dan UK. I am Legend dan The Diary of a young Girl minggu lepas. Minggu ini saya terima dua buku pula.



Siap ada nota kat belakang maklumkan pada saya yang sampul surat terkoyak masa buku ni dalam pegangan mereka.


Cemane gambar ni leh terpusing kot sini laks.. HMmmm


Masa sampai kat tangan saya ada seal kastam kita. Dia pakai pisau ka gunting tah. Abes pelastik yang balut buku kat dalam tu. Takdakla nota mintak maap. Hampeh.



Bookmooch.

Buat masa ini saya pernah pos ke UK , Canada, US dan Australia. Kos posnya dalam RM10-20 sebuah buku. Ikut berat. Ikut pilihan kita nak register mail atau tak. Ikut nak surface mail atau air mail. Buku-buku yang saya dapat pulak datang ada daripada Jepun , UK dan US.

Pantang dapat point ( yang kita peroleh samada daripada buku yang kita masuk dalam inventori atau point kita beri kepada orang) mesti cepat habis sebab segera mooch buku daripada orang lain pulak. Pantang lepa.

Satu yang saya perasan adalah cara nak cepat atau banyak point kita kena masukkan buku-buku yang tajukknya panas di bookmooch. Panas maksudnya buku yang sangat ramai orang nak.Bukan yang 18sx ya. Selalunya buku yang menang anugerah atau famous penulisnya contohnya...

A Thousand Speldid Sun- Khaled Hosseini ,
Twilight saga-Stephanie Meyer,
Remember Me-Sophie Kinsella,
The Road- Cormac McCarthy,
dan senarainya yang panjang.

Mula-mula rasa semacam jugak kos pos luar negara ni. Masa dapat buku suka lah sangat. Ikutlah kalau rasa tak mampu nak pos banyak buku satu bulan tetapkan pos satu buku satu bulan. Dapatla jugak point. Penting point kalau nak mooch buku orang.

Pendek kata kalu rasa diri macam saya suka sungguh dapat buku dalam peti surat. Cuba la sertai bookmooch. Rasai pengalamannya.Cewah..

pos buku pulak

Saya dah selamat pos dua buku untuk teman yang 'mooch' buku daripada saya.

Blink untuk Shirley di Canada.



The Alchemist untuk Pete di United States.



Kos pos sebuah buku lebih kurang RM14 ringgit.

OH saya tak sabaq nak dapat buku yang akan saya terima dalam kotak pos saya pulak.

Heee.