Memaparkan catatan dengan label novel dan filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label novel dan filem. Papar semua catatan

I Am Legend - Richard Mortheson



Sejak saya menonton filemnya , saya berazam mahu baca novel I am Legend. Filemnya tak jemu ditonton berulangkali. Minat sama Will Smith jugak. Walaupun masa tu sudah banyak filem jenis zombie di pasaran ,mestinya tak sama dengan I am Legend.

Percubaan yang ke-3 baru saya berjaya menumpukan perhatian membaca novelnya. Percubaan yang sebelumnya pada muka surat pertama dan kedua saya akan terus zzzzzzzzz. Saya mencari-cari kesamaan jalan cerita filem dan novel. Saya membaca daripada satu bab ke satu bab. Mengharapkan sesuatu . Jelas berbeza sekali jalan ceritanya. Nama isteri , anak , pekerjaan, punca berlakunya jangkitan , kehadiran anjing dalam hidupnya dan lain-lain.

Dalam novel Robert bertanya kalau cara mereka menghadapi drakula dengan mengunakan rantai salib bagaimana pengikut Mohammad ? Bodohnya soalan. Amik engkau. Dok tak dok apasal timbul nama Nabi Muhammad lak. Haiya.

Ada beberapa cerita pendek Richard Matheson di dalam novel I Am Legend. Antaranya..
Buried Talents
The Near Departed
Prey
Witch War
Dance Of the Dead
Dress of White Silk
Mad House
The Funeral
From Shadowed Places
Person to person
Semua ceritanya tentang hantu. Sapa suka cerita hantu sangat patutlah membaca novel I am Legend ni.

Saya tak jumpa apa yang saya cari di dalam novelnya. Bagi saya filemnya lebih hebat daripada novel.

The time traveler's wife



Menunggu dan menunggu. Mampukah kita menjadi penunggu yang sabar seperti Clare ?
Bermula sejak umurnya 6 tahun Clare sering menunggu kedatangan Henry di kawasan lapang berdekatan rumahnya. Dia akan sediakan kasut , baju , seluar,makanan dan kopi untuk Henry.
Clare membesar dengan harapan dia akan bersama Henry satu hari nanti. Dia percaya dia adalah ' soulmate ' Henry.

Membaca novel pastinya lebih asyik daripada menonton filemnya. Lebih detail dalam 593 muka surat. Teruja bila membaca watak yang begitu cintakan buku seperti kedua pasangan kekasih ini. Watak utama lelaki pula seorang yang bekerja di dalam perpustakaan. Ada apa dengan bahasa Perancis yang sekali sekala akan kita jumpa dalam karya ini?

Sediakan tisu bila sampai ke muka surat Clare umur 25 dan Henry 33 ke atas. Bagi saya di sini kemuncak cerita cinta time travelers wife. Sangat-sangat terasa bila Clare terlalu menginginkan zuriat daripada cinta mereka. Bila cinta itu terlalu amat , sampai kita terasa sakitnya.

'' It's dark now, I am very tired. I love you always. Time is nothing." Henry m/s 577.