Manhattan Is My Beat - Jeffery Deaver



Watak utama Manhattan is my beat adalah Rune si gadis kecik cili padi umurnya 20an. Diarah tuan kedai mengutip video yang dipinjam penyewa. Mula memberontak tugas mengutip tidak ada dalam senarai kerjanya. Bila melihat nama dan alamat si penyewa tape video Rune jadi sukahati pula.

Hatinya berbunga mahu berjumpa Mr. Kelly lelaki tua usia 70 an yang baik hati. Mana mau cari manusia yg suka mendengar cerita kita umpama dr psikologi , suka pula menolong tetangga dan tak lokek belanja makan.Rune jadik semacam bila mendengar suara orang lain yg menjawab dari rumah Mr Kelly. Tanpa bunyi Mr Kelly sudah ditembak oleh empunya suara.

Rune jadik sedih amat, bernekad mahu mencari sapa yang bertangungjawab membunuh Mr. Kelly. Sudahnya Rune menjolok sarang tebuan lah.

Sapa yang minat dengan filem-filem tahun 40 an 50 an mesti suka sama buku ni. Manhattan Is My Beat adalah judul filem yang disukai Mr Kelly. Watak Rune dalam novel ni jugak semacam penyiasat tak padan dengan kerja di kedai video. Lagi si Rune nigh penggemar buku-buku cerita klasik seperti Cinderella , Snow White dan yang seangkatan dengannya siap suka berangan dan seolah hidup dalam fantasi.

Saya kira novel ini biasa-biasa sahaja. Tooot salah ! Kalau ada yg sudah biasa baca buku Jeffery Archer yang lain mesti boleh tahu akan ada watak yg mulanya baik at the end of story rupanya penjahat. Moral of the story buat baik pilah pada sesapa pun tak rugi macam si Rune ni dia dapat hadiah dengan cara yg dia tak sangka.

0 comments: