Hari yang indah..



Mungkin hari Jumaat yang lepas adalah hari paling indah minggu ini. Aku dapat melepak sambil mencuci mata di hadapan kolam air KLCC bersama 'Kak Yong' dan anak-anak saudaraku . Melihat telatah Imran dan Khadeeja berlari - lari dan berkata - kata tentang sesuatu yang aku tak tau apa yang dikatakannya . Sekali ditegur dua mamat arab yang melepak berdekatan , Khadeeja dan Imran berlari lintang pukang dek rasa takut terhadap orang yang tidak dikenali begitu menebal. Memandangkan jumlah anak saudara yang ramai aku dapat kenal pasti perbezaan diantara anak yang diasuh ibu sendiri (ibunya surirumah) dan yang dijaga oleh taska atau pengasuh. Aku dapati anak - anak yang diasuh ibu sendiri sangat penakut dengan orang luar. Akan menangis atau menjerit bila ditegur atau diambil orang yang mereka tak pernah tengok. Macam perak kata orang utara. Lain pulak anak yang biasa ditinggalkan di taska. Celotehnya bukan main , kalah burung belatuk. Beraninya bukan main meskipun dengan orang luar. Berbalik kepada hari jumaat yang indah. Aku dan kak yong seronok sungguh dengan aktiviti mencuci mata. Suka sungguh melihat orang yang cantik-cantik yang lalu lalang di hadapan kami. Dari semasa ke semasa kena tengok jugak awang dan minah kenit. Tak boleh lepas pandang benda nak jadi ni sekelip mata sahaja. Sesekali anak saudaraku Uthman menceceh sesuatu kepada kak Yong . Giliran Kak Yong pula menceceh kembali terganggu dengan kerenah anaknya seorang demi seorang. Orang tak da anak nak sangat anak ya. Orang yang ramai anak macam ini pulak cabarannya. Aku cuma senyum , sabaq ja lah. Nanti-nanti Kak Yong pulak bagi ayat power tu kat aku.... Sabaq ja la.. ya bila anak aku ramai. Apa-apa jalah langit mula mendung dan hujan turun rintik-rintik . Aku , Kak Yong dan anak-anak saudaraku berlarian masuk ke dalam KLCC.

0 comments: