ciPtaan Tuhan itu indah.



Aku tengah makan di restoran Ummi. Sedang enak mengunyah terpandang satu keluarga yang mejanya tak jauh daripada meja aku. Sepasang suami isteri bersama anak-anak kecil empat orang dalam lingkungan umur 5 tahun- 5 bulan. Seronok tengok gelagat budak-budak ni. Menghiburkan. Ada yang asyik memandang orang. Ada yang usaha nak makan sendiri mengunakan sudu tapi tak berjaya. Ada yang asyik memanggil ayah! ayah! ayah! Mahu perhatian.

Ada yang tak kena di sini.Aku sakit mata ni.

????????

Warna oren terang. Kulitnya hitam manis dan rambutnya warna oren. Huh. Ah barangkali itu warna rambut asalnya. Ya ? Mana ada rambut oren asal yang seterang itu. BAyangkan anak kecil yang sepatutnya jadi adorable sebab manis , menjadi pelik kerana warna rambutnya.

Aku tak pahamla. Kenapa mesti mak bapaknya mewarnakan rambut anak kecik ? MAhu jadi orang putihkah ? Apa yang kurangnya dengan warna rambut asal- hitam. Original. Tahu tak buruk padanan warna kulit dengan rambut yang diwarnakan tu..

Kasihanlah anak tu. Tak tahu apa-apapun. Anak ibarat kertas putih. Mak bapak yang mencorakkannya. Buruk coraknya buruklah hasilnya. Indah coraknya indahlah hasilnya. Ciptaan Tuhan itu indah. Pandanglah sekeliling kita. Sesunguhnya yang membuat kerosakkan itu adalah tangan manusia.


0 comments: