Rumahku syurgaku..

Awal pagi Kak Yong tepon. Sudah lama tak bergosip. Baru ja minggu lepas jumpa. Tapi tak sempat nak bersoksek. Nak cepat.

Isi ceritanya tentang anak saudaruku Ikah. Ikah sudah seminggu di USM. Hari pertama masuk masa dihantar maknya sempat buat drama. Meski ditahan-tahan , air hujan merembes keluar jugak. Adik-adik pakat mengusik buat tambah lebat hujan. Umaq pulak sudah mula berani menyuarakan pada papa boleh tak , kalau tak mau masuk Poli ?.
Hampa nak dok bawah ketiak mak hampa sampai bila haaa ? Kak Yong pot pret pada anak-anak bertuahnya.

Berapa ramai anak-anak sekarang yang rasa tak mau melangkah ke depan. Kalau boleh mahu berhentikan masa. Mahu duduk di rumah sahaja. Bukan kerana takut mengharung cabaran. Tapi kerana mahu bersama-sama keluarga. Mahu selalu mendengar suara mak dan melihat mak.

Ramai yang tak sabar menunggu keputusan UPSR, PMR, SPM, STPM. Mahu segera cepat terbang bebas keluar daripada rumah. Jauh daripada radio mak. Hidup aman.
Soalannya aman ka?

Kak Yong kata salah aku ka tak buat rumah ni macam n***ka? Kak Yong pun macam mak yang lain suka berleter , marah-marah, mengamuk tapi bila buat salahla. Bila sampai satu-satu situasi , mak akan menjadi pendengar dan memberi nasihat. Sentuhan mak. Tak mestinya baby Johnson sahaja yang perlu belaian . Kalau boleh kakak dan abang yang besar pun nak duduk dekat dan dibelai mak. Jadilah kakak aku mak kucing anak 11. He He.

Oh ya ! Aku terbaca dalam satu web ni pasai ciri-ciri anak yang lahir bulan tujuh. Katanya anak bulan Julai ini suka mendiamkan diri. Suka duduk di rumah. Ok. Tak salah la Ikah sangat emosi nak meninggalkan syurga rumahnya. Kak Yong oii kita pun dua kali lima sama. Kita pun anak bulan Julai. Aku dengan Kak Yong tak suka berlama-lama kat rumah orang. Kalau pi mana pun asyik ingat kat rumah ja. Tak tau pulak itu ciri-cirinya.

Bukan rumah mesti cantik macam showroom Ikea baru jadi syurga. Bukan rumah mesti kemas macam bilik hotel lima bintang baru syurga. Bukan mesti rumah besar macam istana baru syurga. Bukan... bukan... bukan... Mak ayah yang selalu luang masa untuk anak-anak dan hubungan adik beradik yang rapat itulah rumahku syurgaku.

0 comments: