doktor saya sakit.

1 hb Ogos 2008

Semalaman aku tak boleh tidur dengan nyenyak. Setiap sejam mesti terjaga. Satu badan panas. Hah sudah demam la pulak. Aku sabarkan diri esok pagi baru boleh pi Klinik Kesihatan. Nak pi Klinik swasta pikir banyak kali aku. Servis memang cepat tapi poket la sakit. Hu hu.. Kesian kan tak da panel. Nasib kerabat kerja gomen.

Aku pi klinik seawai pagi. Dah tau dah mesti ramai orang. Aku sampai pukul 8.00 dapat nombot 1040. Sekarang belum ada satu nombot pun dipanggil. Takpa bayangkan duit keluaq seringgit untuk dapat ubat.. Takpa..takpa... Sementara tunggu nak jumpa doktor pekena panadol dulu. Kalu dak tak boleh tahan. Bisa seluruh badan.

Pukul 9.15 baru dapat jumpa doktor.

Doktor : Sakit apa ? ( Tanpa tengok muka aku , tangan pegang pen bersedia untuk menulis )

Aku: Demam panas.

Doktor : Suhu 37 darjah selsius. Sikit ja.

Aku: Tak boleh tidur semalam panas sangat dan susah nak bernapas. Saya ada penyakit lelah.

Doktor: Siapa yang cakap awak ada lelah ? ( Soal doktor dengan sinis dan tengok muka aku macam nak telan aku)

Aku: Doktor . Tahun lepas saya sedut gas kat sini.

Doktor: Dr.XXX pinjamkan stetoskop. ( Doktor yang check aku ni tak da stetoskop sendiri. Hampeh. ) Macam nak tak nak ja check aku.
Doktor: Takda bunyi penat pun. Saya bagi ubat demam , vitamin, ubat batuk, ubat selsema. Takda ubat penat. Kalau tak baik jugak datang lain nanti.

Aku: Terima kasih doktor. ( Dalam hati Tuhan ja tau. Rasa nak ja cakap kurang ajaq dengan doktor ni.)

Macam tu ka layan pesakit ? Takda langsung senyum. Seingat aku last aku mai Klinik Kesihatan Serendah ni dapat doktor lelaki , sebelum tu doktor pompuan India huish baik ja takda kurang ajaq macam ni. Buat malu orang Melayu agama Islam pompuan mengandung ja.

Tak semua doktor kerajaan yang perangai buruk cam doktor ni.Tapi banyak yang bercerita doktor kerajaan ini kasar dan kerek. Kalau ada pilihan siapa yang nak dapatkan rawatan kat klinik kesihatan. Tapi aku tak da pilihan begitu jugak dengan orang lain yang makin lama makin ramai datang tekan nombot nak jumpa doktor. Bila tengok makcik-makcik , pakcik-pakcik tua yang sama-sama tunggu kat sini rasa adoi sakitnya. Tak kisahla doktor tak mesra alam. Yang penting dapat obat kurangkan sakit.
Ha ha ha. Doktor saya sakit.

0 comments: