minyak turun ye ha ka ye huhu ?


Baru sudah solat Maghrib saja bukak tv. Tahu benda lain takda beritanya tentang yang buruk-buruk sahaja pasai...... Tak habis-habis dengan agenda memutarbelitkan cerita.

Nyampah pun bukak jugak. Kena tau jugak apa yang dia nak temberang kan.
Terkejut ar dengaq esok kuatkuasa minyak turun 15 sen. Kuang kuang kuang. Aku bukak Malaysiakini ada gak laporan yang sama . Tv3 ada siarkan apa yang Pak Lah kata pasai harga minyak ni. Katanya nak bagi rakyat sama rasa penurunan harga donia. Kata 1 hb September 2008 baru turun. Harga minyak dunia rasanya turun pada 29 Julai lagi. Masa nak naik takda pulak amik masa kaji ya. Time nak turun boleh pulak lengah-lengah. Naik RM 1.00 , turunnya 8 sen. Berita tv9 ada siar pendapat orang ramai .Ada pro ada kontra. Ada yang kata sikit sangat turunnya.
' Kalu boleh kasi turun lagi. Saya tak setujulah'. Kata Apek salah sorang daripada yang bagi komen. Dah lama dah negara lain rasa turun harga minyak nie. Kita baru esok nak turun. Ada cendol di sebalik ABC ka? Tak baik sangka buruk.. shooh shooh shooh...

Jadi la orang yang bersyukur. Tak banyak jadikla 15 sen pun ya. Tentang niat orang yang turun harga ni biaq pi la kat dia. Dia dengan Tuhan. Niat baik balasan pun baik. Niat jahat balasan tak baik woi.

Benci aku dengan berita-berita yang disampaikan dalam media tv sekarang ni. Cepatla bagi lepaih pilihanraya kat Permatang Pauh. Pejam celik pejam celik. Apa PKR menang? Ye ha! mimpi la dulu. Pastu baru jadi kenyataan.

Simpan tangki minyak untuk esok.. Minyak turun.. YE hu Hu !

0 comments: