Selamat shopping buku..



Sekarang baru pukul sembilan lebih. Masih terlalu awal ya. Selalunya orang ramai pada waktu nak tengahari nanti. Boleh pi naik komuter dan berhenti kat hentian putra ya pwtc. Kalau nak naik keta pun buleh. Kalau nak senang parking mai la awai. Jangan parking kat shopping kompleks di sebelah kalau mahu dok berejam jam kat dalam pwtc. Mahai nak kena bayaq parkir tiketnya.

Ohh rasa tenggelam dalam buku-buku. Rasa tenggelam jugak dalam orang yang ramai-ramai. Kalau seronok bersesak-sesak dengan orang ramai. Bulehla mai hari Sabtu dan Ahad. Memang seronok berlaga bahu dengan orang. Tengok lak gelagat orang-orang yang sekapai dengan kita. Gila buku. Seeloknya dibiasakan bersenam seminggu sebelum mai sini. Bila dah mai baru ada tenaga nak berjalan sana sini. Jenuh duk bertawaf sakan dalam ni. Mana nak pegang buku yang banyak diibeli. Nak paling senang bawak beg yang ada roda. Senang lepas beli , sumbat ja buku-buku dalam beg. Boleh jalan ala-ala pramugari daripada penerbangan mana-mana. Kalau rasa nak borong banyak buku bawak beg baju saiz sederhana beroda. Kalau takda pun nak nampak comel bedal beg adik atau anak sedara Ya beg sekolah yang ada roda tu. Dak pun bawak tukang pegang barang. Tukang pegang pun berapa banyak buku sangat yang boleh dipegang ? Lebih senang bawaklah beg tak payah nak susahkan sapa-sapa.

Kalau rasa nak relax cari buku-buku dan nikmat saujana memandang buku datang lah hari orang bekerja. Memang lapang. Ada ruang nak bernafas panjang. Kalau nasib baik buleh jumpa penulis kesukaan dan bisa sembang panjang-panjang. Kena masa orang ramai ( Sabtu dan Ahad ) jangan haraplah nak dapat peluang sebegini. Setakat tangkap gambo dan sain buku bulehla. Kalau nak beli buku murah-murah tunggu masa hari-hari akhir 25 dan 26 hb nanti. Insyaallah boleh dapat banyak buku dengan harga yang murah. Ada masa lebih boleh sertai seminar ka , tengok perasmian buku ka apa ka. Rasanya semua orang yang pernah pi Pesta Buku pun tau ye dak. Aktiviti sempoi setahun sekali.

Semalam pesta buku dah bermula. Hari ni hari kedua. Aku ? Aku doklah mengadap laut dan pulau kat sini. Puaslah dok tengok saujana biru laut kat sini. Dokla membayangkan diri aku kat sana di pwtc. Hu hu hu. Tiga kali pengalaman di Pesta buku. Tahun ni tahla . Macam takdak harapan. Hua hua. Dah la kedai buku yang best pun takda kat sini. Nak ja aku nangis. Kepada yang dok dekat-dekat sana ada peluang pi la PWTC 17-26 hb April ni ja. Setahun hanya sekali. Macam - macam buku boleh dapati. Paling best boleh jumpa penulis buku yang kita gemari. Tengoklah jadual penulis tu kat mana , di mana dan jam berapa . Selamat shopping buku kengkawan!

2 comments:

amer zaman berkata...

tgk laut pun seronok kan....

wnorhaslina berkata...

seronok jugak tapi tak seseronok kat sana. Huhu.