pocong dan aishah

Baru - baru ini saya dan Kak Chik pergi ke rumah Kak Ani . Mahu mengambil jubah , sarung kerusi dan tudung saya yang sudah siap jahit. Kak Ani teman baik Kak Chik merangkap tukang jahit pilihan no satu kami.

Bukan boleh selalu jumpa jadi bersembanglah tak mau-mau. Kak Ani bercerita tentang karkoon yang baru balik ke Indon. Dia sempat berjumpa dengan saudara yang datang dari tanah besar nun di sebelah sana. Ceritanya salah seorang daripada makcik yang datang tentang wanita yang memakai purdah atau niqab di Indonesia. Sebelum ini sering dipanggil pocong kerana menutup semua kecuali mata. Selepas filem Ayat-ayat cinta masuk panggung. Lain pula panggilannya. LEbih manis , lebih indah. Bukan lagi si hantu pocong tapi Aishah. Seperti watak aishah dalam filem tu. Sangka mereka ( orang kebanyakkan di Indon ) semua yang memakai purdah atau niqab ini memiliki rupa paras yang secantik Aishah. Aku dan Kak chik jadi tergelak. Baguslah semenjak filem Ayat-ayat cinta keluar semakin ramai orang berani memakai purdah.

Di sini , semenjak H1N1 ramai jugak yang memakai purdah. Di sini di sekolah Maktab Mahmud lah. Alang-alang kena pakai mask yg menyesakkan napas. Baik ustazah , cikgu mahupun pelajar memakai purdah. Even sekolah rendah ABIM juga ada murid-murid yang mengenakan purdah.

Jadiklah. Sekurang-kurangnya di sini tak ada yang berani-berani mengejek kita dengan panggilan hantu pocong ya. Kalau yang pandang-pandang semacam tak pernah tengok orang berpurdah itu biasalah. Perkara biasa sahaja. Tak yah amik hati. Yang penting pandangan kekasih kita Yang Ahad, Allah S.W.T. Dan semoga kita sentiasa diberi kekuatan dalam menghadapi apa sahaja cabaran yang telah ditetapkan untuk kita. Amin.

:D

1 comments:

kakchik berkata...

masa zaman kakchik kecik-kecik dulu, orang tua-tua selalu takutkan kanak-kanak dengan panggilan hantu komkom kepada muslimah arqam. syukur dalam keluarga kakchik tak pernah timbul isu mempermainkan pakaian wanita Islam seperti purdah.