Balzac and the Little Chinese Seamstress


Mulanya hanya sekadar belek. Akhirnya seharian saya memegangnya ke hulu ke hilir. Membaca Balzac and the Little Chinese Seamstress membawa kita kepada zaman 1970an di China.

Anak-anak muda yang tinggal di kota di hantar ke kampung-kampung untu disekolahkan semula. Sekolah pengalaman. Sekolah belajar hidup susah dengan membuat pelbagai kerja kampung termasuk mengangkut tong tahi , bekerja di sawah padi dan lain-lain. Ma dan Luo adalah watak utama cerita ini. Ma padai mengesek biola , Luo adalah pencerita hebat.

Anak muda dua orang ni sangat dahagakan sumber bacaan. Kala itu semua buku -buku yang tidak sealiran dengan zaman dimusnahkan. Saat mereka berdua baru pandai membaca , tidak ada pula buku untuk dibaca. Ada seorang pemuda yang dihantar di sebelah kampung. Khabarnya dia anak orang Sastera. Ma dan Luo sering melawat Si Mata Empat. Ya Si Mata Empat punya sebuah beg yang menarik. Dua sahabat membuat spekulasi tentang isi beg Si Mata Empat. Pasti ada buku-buku terlarang dalam beg tersebut. Puas la dua orang sekawan ni mencari akal bagaimana nak buat Si Mata Empat bagi mereka walau sebarang satu buku pon.

Kerana budi Si Mata Empat memberi pinjam sebuah buku karya Balzac. Luo percaya dengan adanya buku dia bisa mengajar The little Seamstress . Membuka dunia anak perempuan si tukang jahit. Dengan itu barulah mereka berdua setaraf dan sepadan. Ha ha ha.

Paling lucu bila mereka dahaga lebih buku dan mahu menculik beg berisi buku milik Si Mata Empat. Weng. Berjaya kah usaha gigih dua sahabat ni? Apa jadi dengan Si penjahit kecil ?

Bayangkan kita yang suka baca buku ni tak dak buku yang boleh dibaca. TAK ADA buku! Mahu menangis . Kalau kita tahu ada sumber yang dapat kita cari untuk dapatkan buku. Wow wii pasti kita pulun untuk bisa mendapatkan bahan bacaan tersebut. Hanya kerana buku . Hanya kerana buku nasib si penjahit kecil berubah. Gigih!

0 comments: