To kill a mockingbird



Membaca To kill a mockingbird membuatkan kita teringat zaman kanak-kanak kita. Saya perasan saya seperti Scout. Scout berambut pendek , berperwatakan tomboy. Kalau main dengan kawan-kawan mesti satu badan kotor. Main tepi longkang, panjat pokok , terjun bendang dan semuanya yang mencabar. Lari tajuk ni. Heeee

To kill a mockingbird adalah luahan rasa kanak-kanak perempuan yang bernama Scout. Scout dan Jem adalah anak kepada Atticus yang merupakan seorang peguam. Mereka tidak terlalu kaya dan bukan daripada kalangan orang miskin. Mereka mempunyai seorang pembantu rumah berkulit hitam Calpurnia.

Scout bercerita semula bagaimana tangan Jem boleh patah teruk. Pertama kali mereka berkenalan dengan Dill. Watak Dill adalah ilham daripada Capote , teman Harper Lee yang juga seorang penulis. Tiga sekawan ini begitu taksub dengan cerita Boo Radley. Tidak ada siapa pun yang pernah melihat Boo Radley setelah sekian lama. Kahbarnya Boo diikat dan dikurung oleh Mr. Radley di dalam rumah. Puas mereka ikhtiar supaya dapat melihat Boo. Lucu-lucu betul Scout , Dill dan Jem. Serasa kita pon ada bersama mereka dalam buku ini.

Ribut melanda kala Atticus menjadi peguam kepada Tom yang berkulit hitam. Tom didakwa kerana merogol anak perempuan Ewells. Ketika itu Orang putih merasa mereka begitu hebat dan memandang hina pada golongan kulit hitam. Pelbagai tekanan yang diterima oleh keluarga Atticus. Tak cukup daripada luar daripada dalam keluarga sendiri pon turut menekan.

Atticus mengajar Scout dan Jem dengan caranya yang tersendiri. Jujurlah pada anak-anak. Setiap manusia adalah sama. Hormati hak orang dan banyak lagi nilai murni yang disemai Atticus kepada anak-anaknya.

Saya tertarik dengan kata-kata Atticus kala bercakap dengan Jack tentang anak-anak.

'' When a child ask you something answer him for goodness sake. But don't make production of it. Children are children, but they can spot an evasion quicker that adults, and evasion simply muddles 'em. No,'' m/s 116

0 comments: