The Associate - John Grisham



Bermula dengan satu kesilapan. Kyle McAvoy dan teman serumahnya menganjurkan parti. Oh mestinya ada minuman alkhohol dan dadah. Berlaku satu kejadian yang akhirnya menjadi punca hidup Kyle tidak keruan selepas lima tahun malam parti tersebut.

Kyle diugut , diperhati , dipaksa , diikuti setiap masa oleh Beannie and the geng. Tidak pasti Beannie ini bekerja dengan siapa FBI ? atau orang tengah kepada sesiapa yang mahukan maklumat yang tersimpan di bilik rahsia pejabat guaman Scully & Pershing. Apa ya rahsia yang bernilai juataan dollar ini? Projek pertahanan Amerika Syarikat ?

Tidak susah membayangkan wajah Kyle. Ya bayangkan sahaja wajah Shia LaBouf. Katanya The Associate ini dalam proses pengambaran dan pelakon utamanya adalah Shia Labouf. Bila akan ditayang tidak pulak dinyatakan. Barangkali tahun 2011?

Bagaimana Kyle boleh menyelamatkan dirinya tanpa mengkhianati majikannya? Tanpa melanggar kod etika sebagai seorang 'associate'. Ada peminat John Grisham mengatakan karyanya kali ini mendukacitakan. Ada peminat yang masih suka. Saya...suka sahaja.

1 comments:

daimpressive berkata...

Salam Ziarah. Blogwalking based on J. Grisham's fans. The Associate really affects my life personally:

http://suaraserak.blogspot.com/

Serak Itu Suatu Abstrak, Nampak Nyata, Boleh Dirasa, Kedengaran Ada, Tapi Fizikalnya Tiada. Arena perkongsian ilmu dan budi, perundangan, santai dan sukan.