I Am Legend - Richard Mortheson



Sejak saya menonton filemnya , saya berazam mahu baca novel I am Legend. Filemnya tak jemu ditonton berulangkali. Minat sama Will Smith jugak. Walaupun masa tu sudah banyak filem jenis zombie di pasaran ,mestinya tak sama dengan I am Legend.

Percubaan yang ke-3 baru saya berjaya menumpukan perhatian membaca novelnya. Percubaan yang sebelumnya pada muka surat pertama dan kedua saya akan terus zzzzzzzzz. Saya mencari-cari kesamaan jalan cerita filem dan novel. Saya membaca daripada satu bab ke satu bab. Mengharapkan sesuatu . Jelas berbeza sekali jalan ceritanya. Nama isteri , anak , pekerjaan, punca berlakunya jangkitan , kehadiran anjing dalam hidupnya dan lain-lain.

Dalam novel Robert bertanya kalau cara mereka menghadapi drakula dengan mengunakan rantai salib bagaimana pengikut Mohammad ? Bodohnya soalan. Amik engkau. Dok tak dok apasal timbul nama Nabi Muhammad lak. Haiya.

Ada beberapa cerita pendek Richard Matheson di dalam novel I Am Legend. Antaranya..
Buried Talents
The Near Departed
Prey
Witch War
Dance Of the Dead
Dress of White Silk
Mad House
The Funeral
From Shadowed Places
Person to person
Semua ceritanya tentang hantu. Sapa suka cerita hantu sangat patutlah membaca novel I am Legend ni.

Saya tak jumpa apa yang saya cari di dalam novelnya. Bagi saya filemnya lebih hebat daripada novel.

0 comments: