Jaja & Din



Lama senyap di sini tak bermakna saya tak membaca. Oh saya sangat pulun sampai kisah tentang nak abiskan baca buku saja. Haha. Penangan 50 buku setahun.

Kembali cerita buku kali ni Jaja & Din. Alkisahnya Cik Alia tanya wanchunya. Kak Suraya tak keluaq novel baru ka? Saya kata saya pun tak tau. Dah lama tak layari blognya Kak Suraya. Saya tahu novelnya setahun atau dua tahun baru keluar. Esoknya saya pi POPULAR mata terus tangkap Jaja & Din. Terus saya beli. Seminggu peram baru saya uliti Jaja & Din.

Pada permulaan novel saya tak suka dengan Jaja. Saya heran kenapa Kak Suraya karang watak Jaja begini. Kenapa Kak Suraya? Ugh saya paksakan diri baca jugak Jaja & Din. Makin baca makin jatuh cinta pulak dengan wataknya Jaja. Oh Jaja si penggemar buku-buku hikayat. Dipenuhinya masa setahun menanti cinta hati dengan membaca dan membaca.

Kisah cinta Jaja & Din mengikut laluan yang tidak bercanggah dengan Islam. Tambah asyik bila sambil membaca saya mendengar lagu Thank You Allah - Maher Zain. Kita lupa untuk bersyukur dengan nikmat Allah. Kita jauhi perintah- Nya. Tapi Dia tidak pernah melupakan kita. Apa sahaja yang kita ingini akan diberikan kepada kita. Dia tetap mendekat dengan kita. Akhir kisah Jaja & Din membawa kita kepada cinta Ilahi. Suuka...suka sangat novel kak Noor Suraya kali ni..

0 comments: