THE CATCHER IN THE RYE - J.D SALINGER



Ketika saya belek buku ini di akhir lawatan saya ke Borders saya mahu beli buku ini..Tapi ada buku lain mahu saya utamakan beli. Jadi saya simpan dalam hati. Yeah kemudian nanti pun boleh beli.

Kala saya mengunjungi kedai buku second hand kegemaran saya di Pantai Chenang , buku ini mengamit saya. Beli lah aku! Saya tak pikir panjang dengan RM5 saya miliki The catcher in the rye.

Sekali mula baca rasa macam ada magnet pulak..

Ceritanya luahan rasa hati seorang remaja lelaki yang bernama Holden Caulfield. Ada saja yang tak kena dengan orang di sekelilingnya. Marah pada lelaki yang tidak tahu menghargai perempuan. Oh perkataan kesukaannya phony. tidak pulak saya bilang berapa kali disebutnya phony tapi cukup untuk saya mengerti phony yg dimaksudkan Holden. Pencey pastinya bukan sekolah asrama pertama yang dimasukinya dan pastinya bukan terakhir. Dia suka menongkah arus. Jelas sekali Holden sudah punya prinsip sendiri. Tak perlu berpura-pura kalau tak suka. Demi prinsip juga dia rela dibelasah. Ada bahagian yang menunjukkan Holden ini suka saja-saja mencari pasal dengan orang.

Akhir-akhir buku saya kira Holden akan lari dari rumah..Tak pun dia bunuh diri...Holden sangat dipressi di hujung-hujung cerita..Baca punya baca..Dah habis daaa..

0 comments: