Dik

Berapa umur kau dik ? 12, 13, 14 , 15 atau 16?
Sungguh kau muda dik.Sayang kau tak pandai menghargai masa muda mu.
Berpeleseran tak ingat dunia. Keluar petang balik esok pagi.

Apa yg kak herankan mak sudah beri keizinan.Buktinya di sini.

Kau megah menayangkan kunci kebebasan padaku.Aku tidak mahu percaya?
Sungguh kah mak?

Mak tak mahu adikmu lari.
Tak apa kalau dia pulang bila pun janji dia tetap balik.

Aduh mak.
Tak pernah kah mak dengar malam itu waktu syaitan berpeleseran di luar. Waktu kejahatan berleluasa?

Mak cuma diam.

Jalan apa yg kau pilih ni dik?

Suka hati aku kak. Ini hidup ku.Aku perlukan perhatian dan kasih sayang.

Bukankah kau ada mak, ayah abang dan kakak dik? Ah ayah tak pedulikan aku. Mak terlalu menyanyangi aku dan bodoh.Abang sibuk dengan kehidupan mereka.Kakak cuma pandai menyibuk dan bising. Bingit telinga aku!
Aku mahu bebas terbang tinggi di awan.Hidupku seronok sekali kak.

Sayangnya dik.
Sayang sungguh kau persiakan masa muda mu.Kau sedang ditipu syaitan dik.
Dunia ini bukan milik kita.

Kau salah kak aku tak pernah sebahagia begini.Dalam perut ku ini ada nyawa kak.
Aku akan menikah dengan lelaki yang kucintai.Kami akan hidup bahagia.
Malah Tuhan merestuiku kak. Kau cemburu!

Subhanallah.
Kau bangga mengandung anak hasil zina.Kau bangga akan berkahwin dengan lelaki durjana dik? Kau bangga hidupmu begitu lancar dik?
Kau lupa ya kau itu hamba.
Setiap hamba dicipta untuk beribadah. Hidup kita berperaturan ada Al-Quran dan sunnah.Kau ingat Tuhan suka hati menetapkan panduan buat kita.
Panduan itu untuk kita dik. Agar hidup kita sejahtera.
Tapi kau mahu melanggar semua.
Kau yakin dengan masa depan khayalanmu.
Pakaian mu mak basuh dan lipat dik. Duit kau tahu minta dari mak dik. Makanan mak masak untuk mu dik.Hidupmu masih bergantung pada mak dik.
Lelaki jahanam itu tak bekerja dik, goyang kaki seperti mu juga.
Makan tanggung berak cangkung.
Kau senyum seronok.

Inikah yang mak mintak mak?
Tak perlu pening kepala lagi mak. Apa yg kita buat kita dapat.

Aku hanya bisa mendoakan kalian. Moga Allah beri petunjuk dan hidayah.
Sungguh Allah Maha Penyayang. Semoga satu hari nanti kau celik dik.
Dan moga waktu itu tidak terlewat untuk kau bertaubat dan sedar diri hidup ini hanya pinjaman dari Tuhan.

1 comments:

SHIMI berkata...

salam,
sungguh mmberi kesan