Malas

Ada lagi 19 nak habisi cabaran 100 buku tahun ni. Ya Allah makin hampir rasa makin malas lah pulak. Kalau sebelum ni boleh baca laju-laju sekarang dah serupa siput tut hah. Sabor jelah.

Teringat nak sangat menulis pasai buku Zahrah de Tigris.

Teringat satu kejadian kala saya dan keluarga sedang makan-makan di sebuah restoran tepi jalan di Ayer Hitam. Ada dua orang perempuan yang duduk di meja berhampiran saya dan keluarga. Sambil bercakap asyik memandang pada kami. Boleh dengar jelas butiran percakapannya. Antara isi yang menusuk telinga adalah..

"Hah orang Arab pakai tutup muka tuh sebab kat Arab banyak pasir ni bukan Arab ni Malaysia" dan ada lagi isi-isi yang lain.

Adoi. Kalau tak sabar nak sahaja saya bersemuka dengan makcik dua orang nih. Pastinya itu bukan idea yang bernas kerana kala itu hati saya sedang dijentik-jentik api.

Membaca Zahrah de Tigris ini mengingatkan saya pada kejadian itulah.

muka surat 35
Sebab itulah wanita di tempat ini sangat sesuai berpakaian menutup aurat dan berhijab. Dapat menghindarkan diri daripada keperitan kepanasan matahari.

muka surat 38
Purdah dan burka bukan lambang orang Islam, itu lambang budaya.

Habis yang pakai niqab serata dunia selain Arab ni meniru budaya Arab lah ya. Ada baiknya kita membuat homework dahulu sebelum tulis apa-apa. Sejauh mana kebenaran pemakaian niqab itu adalah budaya orang Arab?

Haish malas nak tulis panjang-panjang.

3 comments:

aidura sofiee berkata...

Assalamualaikum wbt.

@wan, banyakkan bersabar ek.

orang yg suka mengata ni memang tak beli insuran molot. depa cakap ikut suka molot depa jek. jgn emosi dan jgn terpengaruh. buat dek sudah.

moga2 wan beroleh pahala yg byk, insya-Allah.

encik kerani berkata...

Islam datang sebagai dagang dan akan kembali dagang. Maka beruntunglah orang dagang.

~Saya selalu melihat orang yang pakai burqa ni orang yang menarik. Misteri. Dan berani. Sayangnya isteri saya sendiri pun pakai tudung biasa sahaja. puas pujuk! ;)

wnorhaslina berkata...

Walaikumsalam

Kak Aidura.
Wan dah ok. Tak kisah da orang nak tengok n kata apa-apa. Serah pada Allah sahaja.

Encik Kerani
Bagilah dorongan dan semangat plus doa ya. Jangan paksa isteri. Biar dia memakai kerana hatinya yang menginginkannya. Nikmatnya memakai burqa ni Allah sahaja yg tahu. Betuah isteri dapat suami macam encik kerani. Zaman serba moden sekarang tak ramai lelaki yang nak isterinya bertudung litup. :)