Aku yang kecil?

Aku lebih suka membaca tulisan orang lain tentang keadaan politik dalam negara. Sebab aku rasa aku tak cukup pandai dalam bab ini. Tapi setelah dua minggu lepas , dengan macam-macam perkara yang berlaku. Aku rasa mahu menjerit . Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah. Apa yang UMNO cuba buktikan ? Melawan kuasa raja yang sedia ada. Di Perlis dan Terengganu. Dasyat. Sebagai rakyat aku benci -benci dengan lakonan mereka. Siapa yang mereka cuba perbodohkan. Aku ingin sekali melihat orang-orang yang berlakon ini mendapat balasan setimpal atas perbuatan mereka. Sebagai pengajaran kepada bakal-bakal pemimpin akan datang. Apa rasanya hidup dalam caci maki rakyat. Amankah. Kita mengajarkan nilai amanah kepada anak kecil. Jangan sesekali mengambil hak orang lain walaupun satu sen. Kita akan kehilangan lebih besar daripada nilai yang kita ambil . Apakah pemimpin UMNO yang Islam Hadhari tidak belajar tentang amanah. Ahh itulah buat saja tapi tidak diamalkan. Aku ingat lagi aku kena wakil pejabat pi dengaq ceramah Islam Hadhari pada tahun 2005 di Dewan Insaniah. Hmmm..... Apalah gunanya mewajibkan kita mendengar dan mempraktikan ilmu yang pemimpin sendiri tidak mempraktikkannya. Kepimpinan melalui teladan. Huh. Aku mengunakan kemampuan aku mendidik anak kecil nilai amanah . Ini peranan aku. Aku tiada kuasa untuk mengubah keadaan yang berlaku hari ini. Sekurang-kurangnya aku punya kuasa untuk menyemai nilai-nilai murni dalam diri anak-anak kecil yang bakal memimpin masa akan datang. Semoga Allah memberkati usaha kecil ku ini.

0 comments: