Cabaran... dugaan.


Salam MAulidurrasul 12 Rabiullawal 1429 Hijrah .

Anak saudara aku yang sulung umurnya 22 tahun. Betul ka kakak ? atau acu yang lupa... anak Kak Yong yang sulung. Aku ingat lagi masa kakak kecik- kecik. Lokasinya di rumah kat Tmn Nuri. Depan rumah ada padang bola. Hujan turun lebat sungguh. Aku sembunyi kat depan pintu rumah. Bunyi Kakak menjerit berlawan dengan bunyi hujan. Fuh dasyat. Aku gelak sorang-sorang. Misi aku berjaya. Ya misi aku melarikan diri daripada kakak. Masuk sahaja dalam rumah aku tengok muka Kak Yong merah. Geram dengan aku yang suka mengusik kakak yang baru umur 4 tahun. Ke ke ke.

Anak saudara yang lain Alia , Baim dan Faris sama umur 20 tahun. Alia anak sulung Kak Na. Dalam semua anak saudara , dia yang paling rapat dengan aku sebab Kak Na tak pernah berpindah ke negeri lain. Kak Yong lepas lahirkan Umar terus pindah ke Terengganu , kemudian ke Pahang dan kembali ke Kedah. Kak Chik pulak lepas kawin pindah ke Johor , Kuala Lumpur , Kelantan dan sekarang di Aloq Setaq , Kedah. Aku membesar dengan anak-anak saudara.

Beza umur Kak Chik dengan aku lebih kurang 20 tahun. Kalau ikut kakak-kakak aku ke majlis kenduri , shopping kompleks , market. Orang akan cakap aku anak sulung kakak aku. He he.


Ni tak berkenaan dengan tajuk ni. Cabaran ya. Anak saudara aku ramai perempuan. Kak Na ada 4 anak dara sunti. Kak Yong ada 5 dan Kak Chik ada 6 . Semuanya makin dewasa. Tengah di alam remaja. Kadang ada topik yang tak boleh di bincang dengan mama atau ummi.

Topik tak lain dan tak bukan pastilah cinta. Berat ni.. Kak Yong siang-siang lagi dah pesan tak boleh cintan cintut yang penting kena fokus studi. Kak Chik pun sama pangkah terus . Kak Na pun sama. Dengan segala mak aneka cabaran di luar sana , memanglah menakutkan. Paper Metro tak sah kalau tak cerita benda-benda tangkap khalwat dan yang seangkatan dengannya. Aku sangat faham. Mana -mana ibu pun akan takut bila punya anak perempuan. Jaga lembu sekandang lebih senang daripada menjaga seorang anak perempuan. Dalam internet pun taip lah melayu ka apa ka , keluarlah gambar-gambar yang tak senonoh ni. Huh. Aku pun takut. Aku tak nak tengok anak saudara aku yang terlibat dengan benda-benda aib macam tu. Mintak dijauhkan Tuhan. Macam mana kita kepong pun bukan senang nak kepong dengan dunia tanpa sempadan hari ini . Yang boleh mak bapak sekarang buat adalah dengan memberi didikan agama yang secukupnya. Pendidikan pertama anak-anak adalah di rumah. Berdoalah pada Tuhan mintak dijauhkan benda-benda yang tak baik ni. Selebihnya atas diri anak itu sendiri . Sebagai achu , aku cuma boleh dengar dan cakap fokus belajar. Bila sampai masa jodoh pasti akan datang. Pegang dengan janji Tuhan. Bukan saja-saja Tuhan larang pergaulan bebas lelaki perempuan. Lebih banyak celaka daripada yang baiknya. Majalah SHAPE edisi March 2008 ada tulis pasai bila perempuan dan lelaki bersenggama. Orang perempuan akan keluarkan 10 kali bonding hormone oxytecin , menyebabkan perempuan rasa nak sangat dengan lelaki itu. Sebab tulah aktiviti senggama hanya sah untuk pasangan sudah berkahwin. Untuk merapatkan hubungan kasih sayang suami isteri. Sebab sekarang ni dah macam biasa sangat , asal becinta boleh beraksi macam laki bini. Apalah nak jadi dengan dunia hari ini. Orang kata benda yang terlarang ni jadi tercabar nak buat ya. Ok. Untuk siapa-siapa yang dah pernah buat la. Buat apa? Buat benda haram tu lah. Soalan aku . Apa hampa rasa bila hampa dah buat ? Seronok ? Berapa lama rasa seronok itu bertahan ? Seronokla bila buat masa tu sebab ada syaitan yang meniup semangat. BESt ni Best... Ingat apa yang kita buat hari ni kita takkan dapat padahnya sekarang. Nanti masa kita dah tua kerepot baru rasa. Mana rasa seronoknya apanya . Hidup ini sekali saja . Muda pun sekali saja . Teruna atau dara pun sekali saja. Hargailah apa yang kita punya sekarang ini . Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tida gunanya.

Apapun kesimpulannya , kepada anak-anak saudara aku yang cantik rupawan untuk rasa suka dan sebagainya itu normallah. Kawal diri sendiri , mama atau umi atau achu tak selalu berada di sisi hampa , tapi Allah selalu berada di samping hambanya. Selagi apa yang kita buat tidak melanggar batas agama insyaallah hidup kita akan aman bahagia. Amin.

0 comments: