Budak cerdik.... Hariss

Aku jadi rindu amat pada Hariss. Kak Chik telipon aku cerita tentang mamat nama Hariss ni. Hari Jumaat yang lepas Kak Chik pergi pasar malam Tmn Nuri bawak Mamat dan Hariss. Kak Chik belikan mainan telipon sorang satu tak mau depa gaduh. Kalau berlaku adengan wwf 'confirm' Hariss kalah sebab dia kecik. Masa nak tidoq si Hariss tanya uminya ( Kak Chik) mana tepon tadi. Uminya suruh cari sendiri. Hariss sepah-sepah bantal atas katil nak cari tepon mudah alih mainannya. Bila jumpa dia terus bagi pada umminya. Tepon Achu! katanya.. Uminya kata sudah p tidoq.. Achu dah tidoq pukul 12 lebih dah ni.. Hariss buat muka sedih dan pejam mata.. tak lama kemudian dia krohhhh... kroooohhh.. krooohh...
Hem.. apa yang kita harapkan daripada anak kecil yang umurnya 3 tahun lebih.? Dia sangat matang , peka dengan apa yang berlaku disekitarnya..
Siapa cakap orang perempuan yang berumur 4o an tak elok mengandung ? Nanti dapat anak sindrom down atau akan dapati anak yang lembap pemikirannya. Siapa kata? Doktor mana ? Nurse mana? Meh sini nak gaduh. X bos aku , Mak Jaya termasuk dengan orang yang nak gaduh dengan aku. Hanya kerana dia tengok pelajar dia nama S anak kawan dia ( Makcik yang kawin lambat dapat anak masa umur 40 an ) yang lahir sindrom down dan adik si S nama T pulak alami kesusahan belajar ( lambat pick-up) . Dia buat andaian sendiri. Apalah..
Anak tugh anugerah Tuhan Dia yang Menciptakan Dia lagi tahu. Dia yang nak beri rezeki. Kita yang manusia ni pandai-pandai nak menghukum pulak. Marah ni.. hehehe
Semua tugh mentaliti. Dalam kepala dah dok taksub sangat pikir anak yang bakal lahir tugh lembap lah dia.
Hariss lahir masa Kak Chik umur 39. Dia anak nombor 7. Masa Hariss masih bayi , ayahnya diserang strok. Aku tak pernah tengok Kak Chik menangis . Kak Chik wanita yang paling kuat jiwa dan tabah yang pernah aku kenali. Kata orang putih superwoman. Kak chik akan jalankan tugasnya macam biasa hantar Kakak p sekolah Maktab Mahmud , Maryam, Aishah, Asma dan Dayah p sekolah Abim. Mamat gi tadika. Ulang alik g Hospital jaga suaminya. Cukup masa balik susukan Haris yang masih bayi. Aku boleh cerita sahaja tapi tak bolehlah nak bayangkan betapa kuatnya dugaan Tuhan dan betapa redhanya Kak Chik tempuhi ini semua. Semua tu dah berlalu tiga tahun lepas. Hasilnya mamat Hariss yang kuat 'superboy'. Hariss kalauberselisih faham dengan abangnya dia akan beralah. Kalau ada kakak atau abangnya dimarah abah atau ummi dia akan jadi tukang pujuk. Hariss pandai berlakon . Dia akan ambil bantal dan tidur atas peha aku , pejam mata dan tiru bunyi krohhh..krohhh..krohh.. hehe. Paling nakal dia akan korek ketiak abahnya dan bagi tangan busuk masam pada kakaknya. Hampeh. Hariss akan bersedih kalau tiba hari aku nak balik kl. HuHu. Dia akan merajuk tak mau geng dengan aku.. aduhai cerdiknya mamat ni... Kadang bila dia nampak kereta kenari dia akan cakap . Eta achu! Tak pun kalau dia dengar bunyi kereta dia akan menjerit Ummi achu maii!. '
Kak Yong lahirkan Imran pun masa dia umur 42 tahun. Imran sudah tunjuk ciri-ciri bijaksananya. Nuha lahir masa Kak Na umur 40 an jugak . Sekarang Nuha sudah 4 tahun. Bercakap tak berhenti. Pot pet Pot Pet. Suka sungguh bertanya. Anak yang suka bertanya maksudnya bijak. Otaknya macam span . Menyerap apa yang diberikan padanya. Anak yang aktif maksudnya dia cerdik. Janganlah sabotaj anak - anak kecil. Bila mereka tanya jangan pulak herdik suruh diam. Kalau anak aktif kita jerit suruh duduk diam-diam. Itu namanya pembunuh senyap. Belumpun budak tu besar sudah di cop itu ini.
Banyak ya aku celoteh.. Aku rindu sangat dengan Hariss. Nanti kita jumpa bulan enam yea! yea!

0 comments: