Minggu raya buku...



Aku pergi ke kedai bookworm kat Bukit Beruntung sini. Nak beli buku budak tuition. Aku sajala pusing-pusing kat bahagian novel. Saja suka-suka jamu mata. Tak beli pun takpa. Aku ambik buku novel Pak Samad tajuk Keledang . Aku tercari-cari harganya. RM45 hinggit. Mak aih.
Memang harga pasaranya macam tu ka? Tak kesahla.

Itu pasaila orang suka Pesta Buku ya. Banyak buku boleh dibeli dengan harga murah. Yea! Yea !
Untuk buku novel Pak Samad aku boleh beli satu dengan harga RM20 siap ada tandatangan dan boleh jumpa bersemuka lak. He he he. Seronok sangat boleh jumpa Pak Samad sampai hilang segala persoalan yang nak sangat ditanya. Hampeh.

Ceritanya kita kena pusing semua gerai dan bandingkan harganya. Kalau setakat potongan buku 10% . Tak ada keistimewaan yang lain . Baik tak payah. Baik beli kat POPULAR sama saja ada potongan 10% jugak. Untuk orang yang macam aku bajet sekian-sekian kenala bersenam pusing naik , naik , turun , naik dan turun. Mencari buku-buku yang susah dicari dengan harga yang istimewa dan boleh jumpa penulis kesukaan aku. Terima kasih kepada Pak Samad , Faisal Tehrani dan Kak Noor Suraya yang memberi rasa keseronokkan tiapkali membaca buku anda. Teruskan usaha anda.

0 comments: