Eksiden.

Aku beli paper metro hari selasa yang lepas. Aku hanya beli paper pada hari Selasa setiap minggu, sebab ada novel bersiri Faisal Tehrani. Muka hadapan paper adala gambar Daling eksiden. Dalam muka surat berapa tah ada gambar kereta BMWnya yang remuk.. Huuuuu.
Aku rasa seriau.

Ini cerita tahun 2005.

Aku gila kerja. Pagi aku kerja , kat kem kelubi Jitra. Petang aku jadi consultant kat TMTC. Hujung minggu aku buat kelas tuition untuk anak-anak tentera kat Kem kelubi. Kadang member panggil aku ganti dia mengajar kat centre dia. Pendek cerita aku bekerja 7 hari seminggu. Aku tak rasa penat pun , sebab best.

Rasa macam hari Jumaat yang lepas ja. Masa semayang Zohor aku rasa semacam ja satu badan. Letih. Semalam gatal tidoq kul 4.00. Aku pun tepon member aku mintak dia hantaq aku g Kem Kelubi, Jitra. Member aku kata tak boleh . Dia ada kerja. Jadi aku pun mandu gak keta sendiri. Sampai kat Kepala Batas aku dah rasa tak boleh bukak mata. Mata aku pejam sendiri.

Aku bukak ja mata. Aku dah tak boleh kawal stereng. Aku dah langgar divider jalan dan terus langgar tiang lampu tengah jalan. Aku yang pening-pening lalat ni keluar dari kereta dan duduk kat tepi jalan. Rasa cam mimpi ni. Bila la aku nak bangun dari mimpi ni? Satu badan rasa sakit gila. Ada sorang pakcik berlari ke arah aku. Dia tanya aku ok ka.
Aku geleng kepala ja. Dia bawak aku kat seberang jalan. Tempat yang lebih selamat.

'Pakcik ingat anak dah mati tadi. Bila tengok keadaan kereta teruk. Alhamdulillah takdak apa-apa.'

Ada banyak kenderaan yang berhenti tengok kereta aku ka ? aku ka? nombot kereta aku ka.? Hampeh.
Aku eksiden betoi-betoi depan Lapangan terbang Kepala Batas dan pejabat polis.. Hu hu.
Aku tak ingat orang lain dah. Aku call Kak Chik.

Huhu.

Moral cerita aku adalah dapatkan rehat yang secukupnya. Kalau rasa ngantuk berenti tepi jalan yang selamat dan tidur sekejap. Minum kopi o kaw ka nescape ka.
Sekarang aku dah tak buat kerja lagutu dah aku pastika aku cukup rehat. Kalau nak jalan jauh balik kampung dari Bukit Beruntung ke Alor Setaq aku akan minum red bull dan mulakan perjalanan masa pagi buta. Waktu tu mata dan badan segar. Baca doa naik kenderaan.. Dengan izin Allah perjalanan selamat.