Ibu..


Semperna hari ibu yang akan datang aku punya kisah tentang dua ibu.Dalam lingkungan umur yang sama 50 an. Berbeda lokasi dan kisahnya. Namun kedua ibu ini sangat sayang kepada anak-anaknya.

Kisah Ibu pertama.

Tinggal di kota. Suaminya sudah pergi entah kemana. Tinggallah dia bersama dua anak dara suntinya. Dia gemar bercucuk tanam. Hasil tangannya sentiasa menjadi.Saujana mata memandang bila melihat persekitaran rumahnya. Dia mengambil upah menjaga anak jiran. Sepanjang dia membesarkan kedua anaknya dia tidak pernah pukul. Dia tidak percaya dengan kekerasan. Kalau salah dia akan marah , setakat itu sahajalah. Bila menginjak dewasa seorang daripada anak gadisnya cenderung kearah tomboy. Ibu ini tak kisah , terima anak seadanya. Satu hari anak yang seorang lagi bawa pulang teman lelaki ke rumah. Lalu ibu ini mengiktiraf teman lelaki anaknya itu sebagai anak angkat. Cukup bulan badan anak gadisnya makin tembam. Jiran-jiran mula bercakap-cakap sesama sendiri. Yang pasti masing-masing jelek melihat kelakuan anak ibu ini.
Ada jiran yang beranikan diri bersemuka dengan si ibu ini.
'Kenapa kak biar anak kak bersekedudukan begini. Berdosa besar.'
'Tak apalah janji dia buat depan mata kita daripada dia buat belakang kita.'
Jiran itu pun tersenyap. Apo nak di kato.

Kisah Ibu nombor 2.

Ibu ini surirumah. Anaknya 5 orang. Empat anak yang atas sudah punya kehidupan sendiri , yang tinggal adalah anak bongsunya. Suaminya sudah kembali ke rahmatullah. Sedari kecil anak-anaknya dididik agar hidup dalam taqwa. Selalu diingatkan anak-anaknya agar takut kepada Tuhan. Kalau salah jawabnya rotan atau getah. Cukup masa solat harus solat. Kalau tidak jawabnya kayu semambu. Anak-anaknya cukup takut dan ada rasa bencinya pada ibu yang kuku besi. Dan tiapkali rasa geram tak puas hati meluap-luap itu datang anak-anak akan segera ingat pada hadis Rasullullah SAW. 'Jangan sesekali berkata ahh kepada ibumu..' Alhamdullilah anak-anak ibu berjaya dalam kehidupan masing-masing. Percaya taat kepada ibu akan membawa cahaya dalam kehidupan.

Setiap ibu sayangkan anak-anaknya. Terlampau atau terlebih kasih sayang akan merosakkan anak. Terlampau ganas memukul anak tak tentu pasal juga boleh merosakkan psikologi anak-anak. Sebaik-baiknya adalah pertengahan. Yang paling penting adalah menyediakan anak-anak dengan didikan agama.

Kisah ibu pertama , berserah begitu sahaja tanpa berbuat apa-apa adakah dapat menyelesaikan masalah? Bayangkan bagaimana nasib cucunya yang lahir sebagai anak luar nikah? Apakah ini namanya kasih sayang ? Subhanallah.

Ibu nombor dua percaya tanggungjawabnya adalah mendidik anak supaya takut kepada Allah. Niatnya kerana Allah. Sejauh mana anaknya terbang insyaallah dalam peliharaan Allah.

Kalau pun anak ini salah memilih jalan hidup, bukan lagi salah ibu. Setiap anak harus bertanggungjawab terhadap keputusan hidup yang diambil. Bukankah kita diberikan akal untuk berfikir.

Dikesempatan ini aku mahu mengucapkan terima kasih untuk mak , Kak Na ,Kak Yong dan Kak Chik kerana menyinari hidup aku. Untuk cikgu-cikgu , kawan-kawan ,dan semua yang menjadi ibu , mak , mak sedara , Mummy walau apapun gelarannya.

' Selamat Hari Ibu!'.

3 comments:

amer zaman berkata...

Sama-samalah jadikan kisah 1 sebagai sempadan
dan kisah 2 sebagai tauladan
Selamat hari ibu juga..

alia berkata...

epi mother"s day 2 all

coffeeHolic berkata...

ibu

selamat hari ibu