cikgu yang sempoi.

Masa aku kecik-kecik aku tengok mak mengajar anak-anak jiran asas membaca dan mengira. Mak mengajaq mengaji juga. Tiada bayaran yang dikenakan. Mak mengajar kerana suka.

Mengajaq kerana cinta ? Berapa ramai cikgu-cikgu di luar sana menjadi cikgu kerana benar-benar cintakan pekerjaannya? YA. Bukan kerana menjadi cikgu sebab tidak punya pilihan yang lain. Tidak kerana pekerjaan cikgu ini boleh dapat mudah pinjaman. Tidak ada sebab musabab yang lain diutamakan. Melainkan menjadi cikgu ini satu pekerjaan yang sempoi di dunia.

Kata orang bila melakukan apa sahaja pekerjaan mesti letak sepenuh jiwa baru kita akan dapat kepuasan. Tak kiralah kerja apa pun. Cikgu , doktor , peguam , penulis , angkasawan atau apa sahajalah. Tetapi entri aku ini berkisar tentang arena pelajaran. Aku merasakan pekerjaan cikgu ini sebagai satu pekerjaan yang kren bangat . Wajib yang menjadi guru ini punya rasa cinta mendalam terhadap pekerjaannya. Kerana dia lah yang memberi ilmu kepada anak-anak. Dia lah yang akan menyuburkan rasa atau nilai-nilai murni kepada anak-anak.

Aku rasa sangat bertuah kerana dapat mengenali seorang guru yang sangat semangat terhadap pekerjaannya. Teman jiwa aku ini sungguh komited dengan kerjanya. Saja aku duga dia dengan soalan yang ku kira bodoh tapi wajar ditanya.

' Kenapalah nak susah-susah? Buat kerja yang patut sudahla. Asyik-asyik kita sahaja yang buat kerja. ' kata aku.

Dia senyum.

' Buat kerja kerana kerja itu tak cukup. Namanya pun pendidik. Harus buat kerja kerana budak-budak. Bila buat sesuatu program untuk budak-budak. Kita dapat beri pendedahan dan pengalaman.Kita akan dapat kepuasan yang tak bisa digambarkan. Bukan kerana nak dapat nama , bodek guru besar , atau apa sahaja niat yang lain. Kalau untuk dapat penghargaan pihak atasan. Sampai satu masa kita akan bosan. Rasa ummph itu tiada.' jawabnya panjang lebar.

Pengalaman. Dengan pengalaman itulah kita di sini. Menulis. Kita akan terkenangkan zaman persekolahan kita. Kita akan bercerita tentang cikgu ini , cikgu itu begitu , seronoknya. Tidak semua guru yang kita ingat. Hanya guru-guru yang terkesan di jiwa kita sahaja yang akan diingat sampai bila-bila.

Anak-anak , budak-budak , pelajar-pelajar atau siapa sahaja yang kita ajari akan rasai keikhlasan gurunya mengajar. Tidak perlu cerita pada mereka cikgu buat ini untuk kamu kerana cikgu ikhlas. Ikhlas tidak boleh diucap tapi dirasai.

Kepada semua cikgu yang telah mengajar kita semua. ' Selamat Hari Guru '. Tiada hadiah yang paling best kepada cikgu kita melainkan untuk kita menjadi manusia yang berjaya dunia akhirat. Untuk semua cikgu di Malaysia anda memang sempoi. Semoga Allah sentisa menyuburkan rasa cinta terhadap dunia pendidikan. Hanya Allah yang dapat membalas jasa cikgu-cikgu kita. Amin

1 comments:

nabilah_sidek berkata...

setuju bgt2!cikgu yg paling best kat dunia is the one yg really suka his/her job!yg betul2 komited2.yg gila semngat bila mengajar sbb dia suka pe yg dia buat/ajar.yg bila ditnya soalan bodoh,tidak mmperlekehkan student yg btanya; yg bila mengajar,tau apa yg diajarnya; yg bila mendidik,kisah perihal studentnya.cikgu yg mantap!bukan sbb dia ada jawapan utk semua jawapan utk soalan s2dntnya,tapi simply sbb dia suka kerjanya dan suka mncari jwapan utk soalan2 anak didiknya.
cikgu macam tu la yg buat sapa2 pun kagum,yg buat sapa2 pun ingt sampai bila2,ngeheheh.kakak ada sorg kawan yg nak gila jadi cikgu, bila dia prsnt kat depan klas pun,dia terang dgn semangat,sbb dia nak org paham; dia kata dia suka ngajar,dia kata syok gila bg bdak2 paham, mst dia jadi cikgu yg best nnti!;p