bebas...


'Ninja turtle... ninja turtle..' ejek anak-anak Cina yang bermain di tepi jalan. Aku pegang tangan Kak Chik erat-erat.
Ninja turtle mana pulak?
'Hantu-hantu....' jerit budak-budak yang bermain di tepi longkang.
Hantu?

Masa itu aku baru darjah satu. Kak Chik dan aku selalu berjalan bersama-sama. Kala itu aku akan jadi marah sangat dengan siapa sahaja yang memanggil atau melihat semacam pada Kak Chik. Ya aku mahu gaduh dengan orang yang mengejek atau mengorek mata orang yang melihat macam tak pernah tengok orang.Itu rasa hati aku, budak yang umur tujuh tahun.

Kak Chik ? Oh dia itu insan yang positif fikirannya. Arwah daddy tak setuju dengan keputusan yang Kak Chik ambil selepas tamat tingkatan enam. Ini bukan sesuatu yang biasa dilihat di negara Malaysia pada zaman itu. Kak Chik pertahankan prinsipnya. Niat murninya. Akhirnya arwah daddy jadi mengerti dan menghormati pendirian Kak Chik.
Perubahan Kak Chik juga membuat arwah daddy menjadi semakin dekat dengan Allah.

Cerita dua puluh tahun sudah ya. Sekarang kalau aku duduk bersama Kak Yong mahu pun Kak Chik aku melihat orang sekeliling masih memandang dengan pandangan yang sama. Pelik ?

Aku tidak marah atau mahu gaduh dengan orang lagi. Aku mohon pada Allah agar dibuka mata hati orang yang memandang. Kerana aku , Kak chik dan Kak Yong orang yang bebas.

Untuk Kak Chik dan Kak Yong,

For you I sing this song
My sister may you always be strong,
From you I've learnt so much
How you suffer so much
Yet you forgive those who laugh at you
You walk with no fear
through the insult you hear
You wish so sincere
that they'd understand you..


Bait-bait lagu Free ; Sami Yusuf ini adalah untuk kalian berdua dan semua yang memperjuangkan prinsip yang sama.

0 comments: