daddy

Anak-anak Kak Na panggil Abah.
Anak-anak Kak Chik panggil Abah jugak.
Anak-anak Kak Yong panggil Papa.

Aku ingat masa tu aku umur tujuh tahun. MakSu jiran aku cakap. Tak baik panggil daddy. Itu meniru orang putih. Panggil lah ayah lebih bagus sebab Islamik. Hemphh.. Aku pun berlari pulang tunggu daddy balik kerja.

Daddy cuma gelak bila aku tanya apa maksud Islamik dan betul ka daddy itu panggilan yang tak bagus ?

Daddy ? Baba ? Papa ? Abah ? Ayah ? Bapak.... Apa pun panggilannya. Dia itulah hero kita. Aku bangga panggil daddy. Aku ja satu famili panggil daddy kat dalam kampung ni. Selamat Hari Bapa untuk semua hero kita.

2 comments:

RENhalus~ berkata...

minat outlandish too..
salam singgh~
=)

coffeeHolic berkata...

dada;-)