Kedai buku




Selamat lah sudah pesta buku tahun ni ya. Seperti yang aku jangkakan awal-awal. Terpaksa terima hakikat meskipun berat. Aku tak dapat pi jugak pesta buku tahun ni.

Petang tadi aku pi Kedai buku Barakat kat sini. Hemph sejauh ini itulah satu-satunya kedai buku yang besaq kat pulau ni. Adalah buku-buku novel melayu. Tak ada novel yang baru-baru. Yang sedih sekali tak ada langsung novel bahasa Inggeris untuk orang dewasa. Aduhai sakitnya...

Teringat balik selalu kalau punya kelapangan aku dan teman sejiwa aku jadik kerja memandu daripada Bukit Beruntung ke The Curve. Ah di sana ada Popular yang besar. Ada juga Borders. Kalau ada duit lebih boleh beli buku. Kalau dak pun dapat lepak-lepak , belek-belek , bau-bau buku-buku kat situ pun jadikla. Dak pun kalau berada dalam sekeliling buku pun dah rasa nikmat dah. Sekarang jangan harapla. Kalau mahu beli buku terpaksa tunggu cuti sekolah balik Aloq Setaq . Ada POPULAR dan kedai Pustaka Union. Kalau tak cukup puas. Boleh buat kerja gila pi Penang ka. Ada Borders di Quennsbay , MPH di Gurney Plaza dan kedai second hand book shop yang aku belum pernah sampai . Ah di Tesco Sungai Petani pun ada kedai buku MPH tapi kecikla. Ha ha banyak pulak cekadak ya.


Nak ja aku menangis. Nak ja aku bukak kedai buku aku sendiri. Kalau tak boleh kedai buku besaq macam Popular , Borders , Time, MPH , Kinokuniya pun kedai buku kecik jadik dah. Boleh dapat buku-buku yang aku nak dengan senang . Di samping bagi kemudahan untuk orang-orang semacam aku yang ada kat pulau betuah ni. Sedap jugak kalau boleh bukak kedai buku macam dalam filem Brownies Indon tugh. Siap sediakan kek ka pastri ka apa ka kuih muih sebagai makanan . Ada jugak kopi kaw untuk basah tekak . Macam kedai buku wanita misteri drama bersiri siaran Hallmark ASTRO . Berangan-angan lah aku.

Bila ya ? Bila aku nak bukak kedai buku terpakai aku sendiri ? Hu hu.

12 comments:

Faizah Roslaini berkata...

Cantik gambar kedai buku tu. Saya pun ada pasang angan2 nak bukak kedai buku sendiri. Ingat tak cerita You've Got mail yang ada Meg Ryan tu? Mcm best lah ada kedai buku sendiri, kan? Dlm film tu mcm kiut giler.

wnorhaslina berkata...

yap. Betul tak sangka ramai antara kita yang punya impian macam ni :)

faziz ar berkata...

sebenarnya saya mahu mngucapkan tk di atas lawatan ke blog yang baru saya buat. sebenarnya saya baru memulai dunia ini tanpa pengetahuan yang banyak. saja cuba-cuba. Oleh itu saya mohon diberi pedoman... fauzim8.blogspot.com saya pesembahkan puisi-puisi lama saya yang ditulis dalam buku catatan saya. Sekian..wassalam

nabilah_sidek berkata...

wancu,siannya,sana takde kdai buku best ka?wancu bukak la the frst in langkawi!hehe.meh kakak tlg borong siap2 kat sini.wancu nak buku apa?kah3.

wnorhaslina berkata...

Ya la nanti tolong wanchu beli buku-bukunya , jangan tak tolong since kakak dok kat sana. Kekeke.

Naj AB berkata...

Wan, macam perasaan saya dulu semasa berada di kampung selama dua tiga tahun. Terasa benar kehilangan.

Sebelum tu kedai buku yang jadi pujaan kedai buku universiti, darul kutub UIA. Pilihan buku-bukunya bagus, banyak koleksi buku terbina dari sana semasa belajar - malah buku2 yang nadir langka jarang jumpa di kedai biasa.

Kemudian rindukan perpustakaan akademik, yang ini sampai sekarang tak terubat. Rasanya kena gi daftar jadi ahli alumni juga supaya ada peluang masuk melihat-lihat walaupun tak boleh meminjam.

Apa jadi kampung buku langkawi, anyway? He he he... Wan sepatutnya diangkat jadi pengurus di situ

wnorhaslina berkata...

Kak Najibah....
Kalau lah saya diangkat jadi pengurusnya ya..
Dalam mimpilah saya.

Tanpa Nama berkata...

wansu...
kte senasib jer...
owg kt sn pnxda kdai bku besh2..
kn trun kb bru leh jmpe popular...
huaar dhla dkt sejam sekali nk p...
mmg tensen bngat!!!!

nieda alia berkata...

try dftr lak tgk keke...

wnorhaslina berkata...

Oo Cik Nieda Alia sabo2. Tak lama lagi penderitaanmu akan berakhir. Akhir bulan ini ya. Wanchu tah biler. Huahuahua.

pondok buku berkata...

salam...

em, pekata kita pakat ramai2 wat kedai buku baru + buku terpakai + buku2 untuk dipinjam = then wat cawangan kat tempat masing2.

mesti sangat best. haha. sy teringin nak pegi kedai buku terpakai terbesar yg kat poland tu. (rase2nya kt sana la.he. ingat2 lupa.)

em...k, maaf tetiba nyenyibuk. salam dari saya buat enti.

smoga enti n sekalian blogger di sini selalu dlm perlindungan ALLAH n rohmat-NYA. ;=)

wnorhaslina berkata...

Wasalam.
Bernas gak idea cik pondok buku tu. Moh kiter beramai-ramai bukak kedai buku di tempat masing-masing. :)