The Appeal



Novel ini ceritanya bermula dengan juri mahkamah memutuskan satu keputusan yang mengejutkan untuk kes saman Jeannette terhadap syarikat gergasi kimia Krane. Setelah hampir lima tahun kes ini berlanjutan , keputusan mengejut ini adalah rahmat.

Syarikat gergasi kimia Krane harus membayar pampasan yang bernilai jutaan dollar kepada Jeannette yang kematian suami dan anak . Akibat daripada air minuman yang mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser . Bukan Jeannette sahaja yang menjadi mangsa malahan ramai lagi penduduk disini yang mengalami nasib yang sama , kematian ahli keluarga satu demi satu. Pasangan peguam Wes dan Mary Grace Payton mewakili Jeannette di saat tidak ramai peguam yang menyanggupi membela nasib mangsa. Dengan keputusan ini Krane tidak ada alasan untuk tidak membayar tuntutan melainkan.....pihak Krane membuat rayuan.

Oh Carl Trudeu pemilik syarikat ini tidak mahu membayar saman tersebut. Dia harus mencari akal untuk tidak membayar.. Kalau nak tahu apa akal Carl Trudeu dan kesudahannya haruslah membaca novel The Appeal. Aku sangat tertarik dengan kata-kata John Grisham dalam notanya.

" Now that I have impugned my work , I must say there is a lot of truth in this story. As long as private money is allowed in judicial elections we will see competing interest fight for seats on bench. The issues is fairly common. Most of the warring factions are adcuately describe. The tactics are too familiar. The results are not far off the mark. "

The Appeal. Macam kena pulak novel ini dengan keadaan semasa politik di Perak. Ada duit semuanya jadi. Haha.

0 comments: