The Last Lecture- Randy Pausch



Bukunya sangat comel. Muka depannya ada gambar roket dan bintang.

Randy Pausch adalah bekas seorang profesor di universiti Carneige Mellon (CMU) Pittsburg , Penslyvania. Seorang ayah dan suami penyanyang kepada Logan , Cleo, Dylan dan isterinya Jai ( Jay ). Dia menghidap kanser pankreas dan punya beberapa bulan untuk hidup ketika menyiapkan The Last Lecture.

Buku The Last Lecture ini juga simple isinya. Mudah dibaca dan tidak meleret-leret. Randy Pausch berkongsi dengan pembaca tentang pengajaran kehidupan yang didapatinya sepanjang beliau hidup selama ini. Antaranya adalah....

1. Bersabar - Wah bukan senang ni. Sebut senang lah. Nak sabar itu satu hal yang panjang lebar. Bagaimana kita nak melahirkan anak-anak yang kool ( bersabar ) ? Dia memberi contoh bagaimana ayahnya dan dirinya mengahadapi situasi yang menguji kesabaran.

2. Dalam kehidupan kita akan menghadapi halangan dan dugaan untuk mencapai matlamat. ( Tak nama hamba Allah kalau tidak diuji ya) Brick walls are there for a reason. They give us a chance to show how badly we want something.

3. Jangan asyik kompelin. Kerja mesti kuat. Kenapalah orang tu tak buat itu dan ini. Asik-asik aku ja buat. Haha. Kena ni. Toing toing toing. Berhentilah complain buat sahaja kerja. Banyak kerja yang kita buat banyak pengalaman yang kita dapat. Kita juga yang beruntung .

4. Mimpilah yang besar-besar.

5. Terima kasih. Ucaplah terima kasih kepada sesiapa pun. Jangan sombong. Kerana ucapan terima kasih sahaja nasib kita boleh bertukar.

Dan banyak lagi ya.

:)

0 comments: