Kembali semula

Serasa lama sungguh tak menghadap komputer ni. Kembali semula seperti sediakala?
Tidak juga kerana meski cuti sekolah sudah tutup tirai. Saya masih di sini. Meneman mak di Aloq Setaq.

Saya bahagia. Haha tapi bahagia saya tidak cukup syarat. Apa-apa pun sepanjang cuti saya hanya sempat menghabiskan dua buku. Mister Pip karya Lloyd Jones dan Does My Head Look Big In This? karya Randa Abdel Fatah. Jenuh mencari mencuri masa. Selalunya ketika perjalanan ke mana-mana. Dalam feri Langkawi ke Kuala Kedah. Sepanjang perjalanan dalam kereta duduk di belakang pemandu daripada Alor Setar ke Sungai Petani. Alor Setar ke Kuala Lumpur. Jenuh pulun tapi puas hati.



Cerita Mister Pip ini berlatar belakangkan sebuah pulau yang penduduknya berkulit hitam. Matilda anak gadis yang berusia 14 tahun tinggal bersama ibunya. Ketika itu berlaku kacau bilau dalam negara. Menyebabkan ramai orang putih yang meninggalkan pulau tersebut. Kecuali Mr. Pop Eye/Mr.Watts. Dia membuka kelas untuk anak-anak di situ. Mr.Watts mengenalkan Pip kepada anak-anak muridnya. Watak utama dalam Great Expectation karya Charles Dicken. Kelas Mr.Watts adalah satu dunia baru kepada anak-anak ini terutamanya kepada Matilda. Kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku. Mister Pip buat saya menitis air mata juga. Huhu.



Ya Amal seorang gadis remaja muslim menganbil keputusan untuk memakai hijab. Amal bukan tinggal di bumi Palestin. Amal bukan tinggal di Malaysia. Tetapi Amal menetap di bumi Australia. Saya pernah dengar dahulu ada seorang penyanyi lelaki pernah berkata ibunya membuang tudung ketika melancong ke Australia gara-gara insiden 11 September. Takut dilayan kasar warga Australia kerana dia imej muslim. Huh. Kembali kepada buku ini. Amal menghadapi cabaran dalam mempertahankan prinsipnya. Sesuai dijadikan bahan bacaan anak gadis dan semua peringkat umur. Beruntunglah kita yang Islam lahir di bumi Malaysia. Tidak perlu merasa alien. Saya rasa dapat relate dengan watak Amal. Kalau di Malaysia ini orang yang berniqab itu dipandang alien oleh majoriti orang Islam. Lucu...lucu.

Bulan lepas saya dapat habiskan 5 buku. Bulan ini belum tentu.Ini pun sudah masuk tengah bulan. Setakat ini hanya satu yang berjaya dilunasi. Harus cari waktu luang. Harus...harus..

0 comments: