Hilang

Puas saya mencari-cari tapi tak jumpa. Sudah saya cari seluruh bilik. Tak ada. Sudah saya cari dalam kereta. Pun tak ada. Lalu saya memandu ke rumah Kak Chik mahu cari di ruang tamu rumahnya dan di dalam kereta miliknya. Masih tak jumpa. Alahai.

Saya cuba ingat semula . Kali terakhir menggunakannya adalah ketika teman sejiwa saya hubungi saya. Hariss duduk atas ribaan saya dalam kereta. Selepas itu saya tak ingat.

Saya hanya sedari kehilangannya ketika saya mahu menghubungi teman sejiwa saya. Ya apa lagi yang hilang ? Handsetlah. Handset saya jenis yg lama. Nokia pun dah tak keluar jenisnya. Covernya burok dan tak pernah saya tukar selama 3 tahun mengguna khidmatnya. Huruf dan nombornya juga sudah hilang. Di mana dia handset saya?

Doa Ketika ditimpa musibah:-

" Sesunggunya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali ( pada hari kiamat ). Ya Allah berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan yg lebih baik ( daripada musibahku )"

Hilang. Hilang tumbuh patah berganti ? Adalah hikmah hilangnya dia. Harus saya yakin dan tidak terjerumus ke kancah kesedihan atau terlampau memikirkan kehilangannya. Redho setelah puas mencarinya di setiap ruang yg pernah saya lalui.

0 comments: